SUA, UKK Wajib Bangkit Pertahan Menteri Kalian Yang Diserang Hebat

Pandangan dan teguran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada para Setiausaha Akhbar dan Unit Komunikasi Korporat wajar dijadikan panduan sementelah mereka dibayar menyusun naratif menyampaikan maklumat semasa kerajaan dan tidak hanya bergantung kepada pemain media sosial ‘pro bono’ semata-mata. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PENDAPAT, 19 Feb – Ini bukan masa untuk berdiam diri atau membatukan diri ketika Menteri-Menteri kalian diserang hebat melalui media sosial atau secara terbuka.
Dengan maklumat serta akses yang kalian miliki sudah tiba masanya kalian bangkit mempertahankan Menteri-Menteri kalian dan menjawab tohmahan serta fitnah yang dilemparkan terhadap mereka.
Jalan berlepas tangan atau ‘ membisu serta membantu diri’.
Jangan asyik mengharapkan cybertrooper ‘pro bono‘ membela Menteri dan Kementerian kalian.
Tampillah pertahankan Menteri dan Kementerian kalian melalui sumber sah yang kalian ada.
Saya terpanggil untuk menulis seruan ini sebagai menyokong saranan Perdana Menteri yang mahu Setiausaha Akhbar dan Unit Komunikasi Korporat, selaku jentera utama komunikasi kerajaan, memainkan peranan penting merangka strategi komunikasi dan naratif berkesan bagi melawan fitnah dan tipu daya, hendaklah diambil secara positif.

Ini kerana, tidak dinafikan, dalam banyak fitnah dan tipu daya yang dimainkan di media sosial, adalah berkaitan menteri dan kementerian yang diterajui mereka.
Sudah tentu dalam hal ini, Setiuasaha Akhbar dan Unit Komunikasi Korporat sahaja yang lebih mengetahui keadaan yang sebenar, lalu memainkan peranan menjawab dengan berkesan.
Bagi pemain media sosial bebas, pengetahuan mereka berkaitan sesuatu isu yang timbul tentu sahaja amat terhad.
RANGKA STRATEGI BINA NARATIF
Di sinilah pentingnya, semua Setiausaha Akhbar dan Unit Komunikasi Korporat merangka strategi dan membina naratif yang berkesan bagi melawan segala fitnah dan tipu daya itu.
Berucap ketika menyempurnakan penutupan Pemukiman Setiausaha Akhbar dan Ketua Unit Komunikasi Korporat di Putrajaya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peranan itu penting dimainkan terutama sekali dalam menangkis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh terhadap usaha kerajaan merungkai masalah rakyat dan mengangkat kembali martabat negara ini.
“Usaha dan pendekatan yang diambil tidak akan membawa hasil yang segera, tetapi apa yang pasti rakyat mendapat manfaat dalam tempoh jangka masa panjang,” tambahnya lagi.
PMX LETAK JANGKAAN TINGGI
Anwar seterusnya berkata, beliau meletakkan jangkaan amat tinggi terhadap prestasi dan gerak kerja Setiausaha Akhbar dan Unit Komunikasi Korporat yang mempunyai peranan penting menyebar luas dasar, inisiatif dan pencapaian kerajaan.
Beliau turut melahirkan keyakinan pemukiman yang diadakan ini dapat memperbaiki dan memperkukuh usaha Kerajaan Madani dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan terus kepada rakyat.
Turut hadir dalam program pemukiman selama dua hari yang bermula semalam itu ialah Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.
- Oleh Noraini Nordin
Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
