STR Terakhir 2024 Disyukuri Penduduk Lahad Datu

Perasmian Karnival MADANI Rakyat 2024 Sarawakku Sayang turut mendapat perhatian apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan penerima STR 2024 kategori tanpa akaun bank di Miri pada September lalu.
LAHAD DATU, 8 Nov – Penduduk sekitar Lahad Datu bersyukur Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 yang terakhir tahun ini telah diterima bagi memanfaatkan kehidupan mereka.
Rata-rata mereka yang ditemui memberitahu, dalam menangani kos sara hidup, kata seorang pemimpin di Lahad Datu, Romansa Lamin, beliau amat berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak pernah melupakan rakyat negeri ini khususnya di Lahad Datu.
“Kami di Sabah yang masih berdepan isu kemiskinan, peningkatan bantuan khususnya menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) antara yang dialu-alukan dalam belanjawan itu,” katanya.

Beliau menambah ia sememangnya meringankan beban kehidupan seharian rakyat terutamanya di Sabah bersama-sama 8.7 juta penerima lain mengikut kategori kelayakan di seluruh negara.
Terdahulu Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan kerajaan juga akan menyalurkan bantuan tunai tambahan one-off Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 8 juta penerima STR yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar mengikut kaedah pembayaran STR bermula 9 Disember ini.
Kenyataan itu turut menjelaskan baki 700,000 penerima STR daripada kumpulan miskin dan miskin tegar akan terus menerima manfaat bantuan SARA sepanjang tahun.
“Dengan penambahan bantuan tunai ini, isi rumah berkelayakan akan menerima hingga RM1,000 untuk pembayaran akhir STR bagi tahun ini dan ia selaras dengan keprihatinan kerajaan MADANI yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.
“Pembayaran terakhir STR melibatkan peruntukan RM3.4 bilion, dan kerajaan telah menyalurkan hampir RM10 bilion kepada penerima STR dan SARA sepanjang 2024 berbanding RM8 bilion pada 2023,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, MOF memaklumkan di bawah Belanjawan 2025, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan kerajaan akan menambah baik STR dan SARA 2025 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM13 bilion.
Perdana Menteri dipetik sebagai berkata peningkatan peruntukan itu sebanyak 30 peratus ialah yang tertinggi pernah diberikan kerajaan untuk menangani kos sara hidup rakyat yang akan memanfaatkan hampir 60 peratus penduduk berpendapatan rendah dan sederhana rendah.
“Kenaikan peruntukan ini merupakan hasil penstrukturan semula kewangan kerajaan yang mengambil pendekatan untuk mengagihkan semula kekayaan negara kepada rakyat terbanyak,” menurut beliau.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

