SPRM Tahan Pegawai Kanan Polis Lindungi Aktiviti Haram

Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan pegawai kanan polis itu hari ini. Foto Arkib

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan yang bertugas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.

Ia selepas suspek dipercayai terlibat melindungi aktiviti haram di sekitar ibu negara.

Sehubungan itu, pegawai kanan polis yang bertugas di sebuah jabatan telah ditahan di Putrajaya.

Difahamkan, hasil penahanan itu turut menemukan sejumlah wang bernilai lebih RM1 juta hasil serbuan beberapa premis disyaki miliknya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan pegawai kanan terbabit.

Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan pegawai kanan polis itu hari ini. Foto Arkib

Beliau berkata, permohonan reman akan diperoleh SPRM pagi ini bagi proses siasatan lanjut.

Manakala Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain difahamkan senantiasa mengingatkan pegawainya agar berintegriti dan beramanah sepanjang masa.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *