SPR Tetapkan PRK DUN Kuala Kubu Baharu 11 Mei

Abdul Ghani bersama barisan pemimpin SPR bermesyuarat di Putrajaya.

PUTRAJAYA, 4 Apr – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini dengan 27 April sebagai hari penamaan calon.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berkata hari pengundian awal pula ditetapkan pada 7 Mei ini dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

Terdahulu Mesyuarat khas SPR bagi membincangkan urusan dan tarikh-tarikh penting untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, berlangsung di Menara SPR di sini.

Mesyuarat dipengerusikan Abdul Ghani yang bermula pada 10 pagi itu antaranya bagi menentukan tarikh-tarikh penting PRK berkenaan seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan serta persiapan lain.

Abdul Ghani bersama barisan pemimpin SPR bermesyuarat di Putrajaya.

Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom dan Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak.

Pada 26 Mac lepas, Ikmalrudin memaklumkan mesyuarat khas itu diadakan selepas suruhanjaya menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Selangor, Lau Weng San berhubung kekosongan luar jangka kerusi N06 Kuala Kubu Baharu.

Ikmalrudin berkata, sebagaimana diperuntukkan di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, Bab 5 Fasal (5) Perkara LXX, kekosongan luar jangka itu hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan itu berlaku dan disahkan oleh SPR.

Kerusi DUN Kuala Kubu Baharu kosong susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, pada 21 Mac lepas.

Kee Hion, 58, yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu di bawah Parlimen Hulu Selangor sejak 2013 meninggal dunia selepas bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lepas.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *