Spekulasi Kematian, Kecederaan Netanyahu Kian Memuncak

Beberapa perkembangan terkini mencetuskan spekulasi mengenai situasi membabitkan Netanyahu apabila hanya kenyataan berbentuk teks yang dikaitkan dengannya dikeluarkan sejak beberapa hari lalu.

TEHRAN, 10 Mac – Tersebar berkenaan spekulasi mengenai kematian atau kecederaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang semakin memuncak dengan laporan dikatakan berlegar di media berbahasa Ibrani, lapor laman web Agensi Berita Tasnim.

Beberapa perkembangan terkini mencetuskan spekulasi mengenai situasi membabitkan Netanyahu apabila hanya kenyataan berbentuk teks yang dikaitkan dengannya dikeluarkan sejak beberapa hari lalu.

Perkara itu menjadi perhatian apabila tiada sebarang video baharu dimuat naik di saluran peribadi Netanyahu sejak tiga hari lalu.

Putin (kiri) dan Netanyahu mengadakan perbincangan mengenai pelan gencatan senjata di Gaza yang dicadangkan Amerika Syarikat, pada 6 Oktober 2025. Foto AFP

Sebelum kemunculan video terakhirnya empat hari lalu, Netanyahu lazimnya memuat naik sekurang-kurangnya satu video setiap hari, malah kadangkala sehingga tiga video dalam tempoh sehari.

Justeru, ketiadaan sebarang video sepanjang tiga hari kebelakangan ini mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan pemerhati dan pengguna media sosial.

Beberapa sumber media berbahasa Ibrani turut melaporkan bahawa pada Ahad lalu, tahap keselamatan di sekitar kediaman rasmi Netanyahu dilaporkan dipertingkatkan.

Langkah itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga susulan kemungkinan ancaman dron bunuh diri yang berpotensi menyasarkan kawasan berkenaan.

Pada masa sama, pembatalan lawatan yang dijadualkan membabitkan menantu bekas Presiden Amerika Syarikat, Jared Kushner bersama wakil khas Donald Trump, Steve Witkoff ke Israel hari ini turut mencetuskan tanda tanya.

Lawatan berkenaan dilaporkan dibatalkan secara mengejut dan dikaitkan oleh beberapa pihak dengan situasi keselamatan semasa.

Selain itu, Istana Elysee dalam kenyataannya mengenai panggilan telefon antara Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Netanyahu juga tidak menyatakan tarikh sebenar perbualan itu berlangsung.

Sebaliknya, kenyataan yang dikeluarkan hanya memaparkan teks perbualan yang didakwa berlangsung tanpa memperincikan masa atau tarikh panggilan berkenaan.

Bagaimanapun, semua perkembangan dan spekulasi yang beredar setakat ini masih belum disahkan mahupun dinafikan secara rasmi oleh mana-mana pihak.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *