Siti Nurhaliza Kemalangan Jalan Raya: Bengkak Kaki, Tidak Serius

Siti Nurhaliza cedera ringan pada bahagian kaki dan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut pada 16 April 2026. Foto kredit pengguna Threads

KUALA LUMPUR, 16 Apr – Biduanita negara Siti Nurhaliza Tarudin terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) hari ini.

Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Siti Nurhaliza memaklumkan, beliau berada dalam keadaan selamat tanpa memperincikan kejadian yang berlaku.

Pengurusnya, Rozi Abdul Razak memaklumkan, penyanyi itu cedera ringan pada bahagian kaki dan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Alhamdulillah, segalanya selamat dan terima kasih atas doa semua,” menurut Rozi.

Insiden itu tular di media sosial selepas beberapa pengguna berkongsi mengenai kejadian berkenaan termasuk gambar dipercayai kenderaan terlibat di lokasi kejadian.

Difahamkan, kemalangan tersebut melibatkan beberapa kenderaan dan berlaku ketika penyanyi itu dalam perjalanan pulang selepas selesai mengadakan persembahan di sebuah majlis di Sepang.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *