Siri Kunjungan Hormat Pemimpin Asing Serlah Kewibawaan PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Wakil Tinggi Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan Kesatuan Eropah (EU)/ Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Kaja Kallas bagi meneguhkan komitmen bersama dalam memperkukuh hubungan Malaysia-Kesatuan Eropah (EU) pada 11 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 12 Jul – Dari Turkiye hingga Australia, siri kunjungan hormat daripada pembesar pelbagai negara dan Kesatuan Eropah (EU) jelas menyerlahkan peranan aktif Malaysia dalam diplomasi dua hala serta pelbagai hala.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Setiausaha Luar United Kingdom, David Lammy di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 11 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Mereka bukan sekadar hadir mewakili negara dan pertubuhan masing-masing ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58, malah kesempatan itu juga dimanfaatkan dengan kunjungan hormat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat menyerlahkan kewibawaan selaku Pengerusi ASEAN 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Menteri Perancangan dan Kerjasama Antarabangsa Palestin, Dr Estephan Salameh di Putrajaya pada 11 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Berkongsi kemaskini di Facebook, Perdana Menteri berkata, Malaysia menerima kunjungan pembesar dari Australia, China, Pakistan, Turkiye, Palestin, Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), Kesatuan Eropah (EU) serta United Kingdom (UK) semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar menerima kunjungan hormat Menteri Luar Turkiye, Dr. Hakan Fidan di pejabatnya di Putrajaya pada 11 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Pertemuan ini membuka ruang kerjasama baharu dalam perdagangan, pendidikan, teknologi, kemanusiaan dan keamanan serantau yang mencerminkan komitmen Malaysia sebagai rakan yang berprinsip serta dipercayai di pentas antarabangsa,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar China, Wang Yi di pejabatnya di Putrajaya pada sela-sela Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 pada 11 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Semalam, Anwar mengadakan beberapa pertemuan dua hala bersama pemimpin dan wakil kanan daripada tujuh negara serta entiti antarabangsa di sela-sela AMM dan mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini dari 8 hingga 11 Julai.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia, Senator Penny Wong di pejabatnya di Putrajaya pada 11 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Pertemuan itu berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada Jumaat, turut dihadiri Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan, Mohammad Ishaq Dar di pejabatnya di Putrajaya pada 11 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Antara yang melakukan kunjungan hormat ke atas Anwar yang juga Menteri Kewangan ialah Menteri Luar Australia, Penny Wong; Menteri Luar Turkiye, Dr Hakan Fidan, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan, Mohammad Ishaq Dar dan Menteri Luar China, Wang Yi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Setiausaha Luar UK, David Lammy di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 11 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Turut melakukan kunjungan hormat ialah Setiausaha Luar UK, David Lammy; Menteri Perancangan dan Kerjasama Antarabangsa Palestin, Dr Estephan Salameh; wakil Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), Natalie Boucly serta Wakil Tinggi Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan Kesatuan Eropah (EU) merangkap Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Kaja Kallas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar China, Wang Yi di pejabatnya di Putrajaya pada sela-sela Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 pada 11 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ini jelas menunjukkan ASEAN di bawah Kepengerusian Malaysia kini semakin mendapat perhatian global dalam usaha memperkukuhkan peranan blok serantau itu dalam isu-isu geopolitik semasa.

Kesemua mereka hadir dengan reputasi masing-masing seraya mempertingkatkan lagi profil dan imej Malaysia di mata dunia.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *