Siastan Terhadap Ucapan Berbaur Seksis, Lucah MP Langkawi Masih Diteruskan – Speaker

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul memaklumkan bahawa siasatan terhadap Ahli Parlimen Langkawi sedang diteruskan. Foto Arkib

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul masih menjalankan siasatan terhadap kenyataan dikeluarkan Ahli Parlimen Langkawi daripada Perikatan Nasional (PN), Datuk Mohd Suhaimi Abdullah yang didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur seksis dan lucah ketika sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada Khamis lalu.

Susulan itu, Johari berkata, beliau tidak dapat membuat keputusan mengenai tindakan boleh diambil terhadap Ahli Parlimen BERSATU itu hari ini kerana sedang mengumpulkan maklumat.

Ia selepas Lim Lip Eng (PH-Kepong) bangkit bertanya kepada Johari berhubung status usul yang dikemukakan olehnya.

“Yang Berhormat (YB) Kepong, saya sudah menerima usul dibawa YB dan saya sedang mengumpulkan maklumat termasuk mendapat jawapan daripada pihak tertentu.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul memaklumkan bahawa siasatan terhadap Ahli Parlimen Langkawi sedang diteruskan. Foto Arkib

“Insya-Allah sebaik saja keputusan dibuat, saya akan maklumkan kepada YB. Harap bersabar,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain Lip Eng, Young Syefura Othman (PH-Bentong) turut menghantar usul ke pejabat setiausaha Dewan Rakyat untuk merujuk Mohd Suhaimi ke jawatankuasa berkenaan susulan ucapan berbaur seksis ketika sesi perbahasan lalu.

Usul itu dibuat susulan tindakan Mohd Suhaimi yang dikatakan biadab, lucah dan berunsurkan gangguan seksual kepada Teresa Kok (PH-Seputeh) pada 26 Oktober lalu.

Young Syefura berkata, kelakuan Mohd Suhaimi secara langsung menghina Akta Antigangguan Seksual yang diluluskan Dewan Rakyat pada 20 Julai lalu.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *