SIARAN LANGSUNG – Majlis Makan Malam Ayuh Malaysia Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 2 Jul – Saksikan siaran secara langsung Majlis Makan Malam ‘Ayuh Malaysia’ bersama Rafizi Ramli bagi mengupas perkembangan semasa kempen yang akan menjadi platform utama menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Majlis diadakan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Kwo, Kuala Lumpur.

Beliau akan mengupas lima teras yang digariskan Ayuh Malaysia khusus buat rakyat bagaimana mereka boleh membantu menewaskan Umno-Barisan Nasional (Umno-BN) sekali lagi pada PRU-15.
Turut dijangka hadir, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.
