‘Setahun Bersama Kerajaan MADANI’: PM Anwar Ke Udara Di TV3 Jam 9 Malam Esok

Wawancara khas Setahun Bersama Kerajaan MADANI, Tiwikrama Perdana Menteri yang akan disiarkan jam 9 malam esok di TV3. Foto X Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diwawancara dalam program khas ‘Setahun Bersama Kerajaan MADANI, Tiwikrama Perdana Menteri’ yang akan disiarkan di TV3 jam 9 malam esok.

Dihoskan dua penyampai stesen televisyen itu, Mior Abdul Malik Rayani dan Azaria Tagaya, Perdana Menteri dijangka mengupas pencapaian dan perkembangan semasa kabinet Kerajaan MADANI yang ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, 2 Disember tahun lalu.

Wawancara khas Setahun Bersama Kerajaan MADANI, Tiwikrama Perdana Menteri yang akan disiarkan jam 9 malam esok di TV3. Foto X Anwar Ibrahim

Perkara tersebut dikongsikan di semua laman media sosial rasmi Perdana Menteri sebentar tadi.

Anwar yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November tahun lalu, dijangka turut membincangkan gagasan Malaysia MADANI, Kerajaan Perpaduan dan prospek ekonomi negara yang menyaksikan kemasukan pelaburan asing sebanyak RM347 bilion hanya dalam tempoh 11 bulan pemerintahan beliau.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dijangka akan mengupas kerangka Ekonomi MADANI yang diluncurkan pada 27 Julai lalu disusuli dengan Belanjawan 2024 MADANI serta reformasi institusi yang mula dilaksanakan suku pertama tahun ini secara berperingkat.

Saksikan wawancara khas malam esok sempena setahun pentadbiran Kerajaan MADANI dengan kemuncak sambutan ialah Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang akan diadakan dari 8 hingga 10 Disember di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bermula jam 10 pagi.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *