Serangan Iran Paksa Rakyat Israel Bertempiaran Lari Cari Perlindungan

Anggota bomba memadam kebakaran daripada serangan peluru berpandu Iran di Tel Aviv pada 28 Februari 2026.
JERUSALEM, 28 Feb – Serangan peluru berpandu Iran menyebabkan rakyat Israel bertempiaran lari meninggalkan kediaman masing-masinhmg menuju ke tempat perlindungan bom di seluruh negara pada Sabtu selepas siren kecemasan dibunyikan bagi memberi amaran mengenai serangan itu, susulan serangan udara Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Teheran.
Sekitar jam 10.30 pagi waktu tempatan (4.30 petang waktu Malaysia), pihak berkuasa Israel mengarahkan penduduk di Jerusalem supaya berlindung di tempat selamat.

Tidak lama kemudian, beberapa bunyi letupan kedengaran di ruang udara bandar itu ketika sistem pertahanan udara berusaha memintas peluru berpandu yang dilancarkan. Amaran kedua dikeluarkan kira-kira jam 11.15 pagi, menandakan ancaman berterusan.
Serangan ini mengimbau kembali situasi pada Jun lalu apabila Israel melancarkan serangan ke atas kemudahan nuklear dan peluru berpandu Iran, sekali gus mencetuskan perang singkat selama 12 hari yang turut melibatkan AS.

Di Jerusalem Timur, jalan raya kelihatan lengang apabila penduduk segera mencari perlindungan.
Di sebuah sekolah awam di pusat bandar, puluhan orang berkumpul di dalam tempat perlindungan bom.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
