“Sentiasa Bersamamu”: Warga Wangsa Maju Bersatu Hati Raikan Masa Depan Bersama LAI Dan Datuk Azman

Andre Lai (kanan) mengiringi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin menghadiri sambutan dwi-perayaan iaitu Hari Wilayah Persekutuan dan pra-Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur pada 1 Februari 2026.

KUALA LUMPUR, 2 Feb – Dewan SJKC Mun Yee (吉隆坡文良港民义华小) menjadi saksi kepada satu pertemuan penuh emosi semalam apabila lebih 400 penduduk Wangsa Maju berhimpun bagi meraikan sambutan dwi-perayaan Hari Wilayah Persekutuan dan Tahun Baru Cina.

Bertemakan “骏马奔腾 · 与你同在” (Gagahnya Perjuangan · Sentiasa Bersamamu), majlis ini mempamerkan manifestasi perpaduan kaum yang utuh melalui kehadiran luar biasa melebihi 40 meja. Majlis ini telah diserikan oleh Tetamu Kehormat, Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri yang hadir mewakili Pejabat Perdana Menteri.

Persembahan tarian disampaikan para penari khas sempena kehadiran Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin pada sambutan dwi-perayaan iaitu Hari Wilayah Persekutuan dan pra-Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur pada 1 Februari 2026.

Penghormatan Buat Komuniti di Wangsa Maju dan Kampung Lee Kong Chian (光前村)

Nadi utama majlis adalah pelancaran lagu Tahun Baru Cina asli berjudul “与你同在” (Sentiasa Bersamamu). Lagu ini digubah khas sebagai penghormatan terakhir buat Kampung Lee Kong Chian, sebuah perkampungan bersejarah yang bakal dirobohkan tidak lama lagi.

Keistimewaan karya ini terletak pada produksinya yang dilakukan sepenuhnya secara profesional oleh komuniti Setapak—merangkumi pemilihan lokasi, gubahan muzik, koreografi, hingga ke suntingan video.

Warga Wangsa Maju teruja dengan kehadiran Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin yang menghadiri sambutan dwi-perayaan iaitu Hari Wilayah Persekutuan dan pra-Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur pada 1 Februari 2026.

Tajuk lagu tersebut diinspirasikan daripada motto perkhidmatan Sdr Lai Chen Heng atau lebih dikenali sebagai LAI: [有我阿LAI · 与你同在](LAI Sentiasa Bersamamu). Persembahan syahdu oleh ‘influencer’ On Sir (Andrew Cheah) bersama vokalis tempatan Aaron Tan dan Sook Yen berjaya menyentuh hati para hadirin, membangkitkan nostalgia terhadap sejarah setempat yang kaya.

Sinergi Kepimpinan dan Akar Umbi

Persembahan tarian disampaikan para penari khas sempena kehadiran Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin pada sambutan dwi-perayaan iaitu Hari Wilayah Persekutuan dan pra-Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur pada 1 Februari 2026.

Majlis ini merupakan hasil kerjasama erat komuniti setempat bersama LAI, pemimpin masyarakat yang juga mantan Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur. Selaku penaung kepada Jojo Sisters Linedance dan Happy Tempo, kehadiran beliau menjadi simbol jambatan antara tradisi dan aspirasi masa depan.

Dalam ucapan beliau, LAI menegaskan bahawa kekuatan Wangsa Maju adalah keupayaan penduduknya mengekalkan jati diri budaya unik dalam acuan Malaysia.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin ketika sidang media pada sambutan dwi-perayaan iaitu Hari Wilayah Persekutuan dan pra-Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur pada 1 Februari 2026.

Beliau turut mengimbau kenangan menganjurkan jamuan CNY pertamanya di dewan yang sama pada 2019 untuk Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew, membuktikan komitmen khidmat bakti yang berterusan.

Kebersamaan Tokoh dan Komuniti

Suasana malam tersebut dimeriahkan lagi dengan persembahan bertenaga daripada Kelly’s Dance Troupe, Yvonne & Group, Titiwangsa Linedance, dan Persatuan Hokkien Setapak, serta penampilan khas artis Christina Tan dan artist rakaman Johnny Ho.

Suasana ceria dizahirkan oleh Andre Lai dan pasukannya apabila Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin menghadiri sambutan dwi-perayaan iaitu Hari Wilayah Persekutuan dan pra-Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur pada 1 Februari 2026.

Pengerusi penganjur, Puan Yap Peling (叶碧玲), bersama ahli jawatankuasa Pn Jane Ngiow dan Pn Ivy Teoh , merakamkan penghargaan kepada tokoh korporat dan pemimpin setempat yang hadir memberi sokongan; Tan Sri Gan Yu Chai – Pengerusi SJKC Mun Yee, Tan Sri Lim Keng Cheng – Pengerusi SMK (P) Chong Hwa, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (陈仪乔) – Mantan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Ong Thiam Lai – Pengerusi Village Grocer, Datuk Seri Tong Seech Wi, Datuk Chan Kwok Chin – Fung Wong Bakery serta Datuk Mak Foo Wei – Bendahari Agung MCPF

Misi Kelestarian Warisan Berterusan

Andre Lai menyampaikan ucapan mewakili warga Wangsa Maju meraikan kehadiran Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin menghadiri sambutan dwi-perayaan iaitu Hari Wilayah Persekutuan dan pra-Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur pada 1 Februari 2026.

Semangat “Sentiasa Bersamamu” ini akan diteruskan melalui siri jelajah akan datang. Sebuah Rumah Terbuka CNY dijadualkan berlangsung di Pasar Teratai Mewah pada 22 Februari 2026, manakala kemuncaknya adalah sambutan Chap Goh Meh terakhir di Kampung Lee Kong Chian (光前村) pada 3 Mac 2026 sebagai tanda perpisahan penuh hormat.

Mewakili barisan penganjur, Pn Yap Peling, Jane Ngiow, Ivy Teoh, dan LAI mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh warga Wangsa Maju dan Setapak.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *