Seniwati Lagenda Sophia Ibrahim Meninggal Dunia

Jenazah Allahyarham Sophia dijangka dibawa ke Surau Al Hijrah, Taman Bolton, Batu Caves sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, pagi esok.

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Seniwati legenda, Sophia Ibrahim, 77, meninggal dunia di sebuat pusat rawatan di Ampang, di sini, kira-kira jam 7.15 petang tadi.

Sebelum itu, Sophia atau nama sebenar, Safiah Ibrahim yang juga pelakon kelahiran Singapura dilaporkan mengalami sesak nafas ketika menghadiri program di Hotel Grand Barakah Ampang.

Pelakon veteran, Datuk Tommei Tumiran yang kini berada di hospital berkata, jenazah Allahyarham Sophia sedang diuruskan sebelum dibenarkan untuk dibawa pulang.

“Seperti dimaklumkan anaknya, arwah mengalami sesak nafas. Semalam, dia dalam keadaan baik sahaja dan pergi beraya bersama dengan rakan artis veteran,” katanya.

Jenazah Allahyarham Sophia dijangka dibawa ke Surau Al Hijrah, Taman Bolton, Batu Caves sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, pagi esok.

Sophia mula aktif di pentas hiburan sejak era 1960-an. Antara filem lakonannya adalah Dr Rushdi yang diarah dan dibintangi Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee pada 1970.

Pada Ogos tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Setiausaha Politik, Farhan Fauzi menghulur sumbangan kepada Sophia bagi meringankan kos pembedahan matanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *