Senator Demokrat Pertikai Jabatan Negara AS Bertindak Terhadap Israel

Senator Chris van Holland mengritik tindakan Jabatan Negara dan Setiausaha Negara Antony Blinken kerana tidak mengambil tindakan sewajarnya terhadap Israel di Gaza. Foto AFP

WASHINGTON, 29 Apr – Seorang Senator Demokrat mempertikaikan cara pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, menilai tindakan Israel yang semakin ghairah menyerang Gaza tanpa mempedulikan desakan masyarakat antarabangsa.

Isu itu dibangkitkan menyusuli laporan Reuters yang mendakwa beberapa pegawai kanan AS menganggap tiada jaminan Presiden Israel, Benjamin Netanyahu, boleh dipercayai dan mahu Biden bertindak lebih tegas bagi mengawal regim Yahudi itu.

“Laporan ini menimbulkan keraguan serius terhadap integriti proses dalam pentadbiran Biden untuk menyemak sama ada kerajaan Netanyahu mematuhi undang-undang antarabangsa di Gaza,” kata Senator Chris Van Hollen dalam satu kenyataan.

Senator Chris van Holland mengritik tindakan Jabatan Negara dan Setiausaha Negara Antony Blinken kerana tidak mengambil tindakan sewajarnya terhadap Israel di Gaza. Foto AFP

Laporan Reuters mendapati, beberapa pegawai kanan Jabatan Negara AS sudah menasihatkan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, mengenai dapatan ‘boleh dipercayai’ berhubung jaminan Israel akan menggunakan senjata dibekalkan AS mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Pada 8 Mei ini, Blinken harus memberitahu Kongres sama ada beliau mendapati jaminan Israel itu boleh dipercayai.

Menurut memo dalaman Jabatan Negara AS, beberapa biro dalam agensi itu mendapati kenyataan Israel tidak boleh dipercayai, memetik tindakan ketenteraan yang menimbulkan persoalan terhadap potensi pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Van Hollen berkata, laporan Reuters mendapati cadangan biro itu ‘diketepikan untuk agenda politik peribadi pihak tertentu’.

Penduduk Rafah meratapi kehilangan anggota keluarga akibat serangan terbaharu Israel, di selatan Semenanjung Gaza. Foto Reuters

“Keazaman mengenai pematuhan undang-undang antarabangsa adalah satu fakta dan undang-undang.

“Fakta dan undang-undang tidak boleh diabaikan untuk mencapai hasil dasar yang sudah ditetapkan. Kewibawaan kita menjadi taruhan,” katanya.

Van Hollen dan beberapa penggubal undang-undang Demokrat yang lain turut mendesak Biden untuk mengenakan syarat lebih ketat bagi bantuan ketenteraan untuk menekan Israel supaya mengehadkan kematian orang awam dalam konflik di Gaza.

Bagaimanapun, setakat ini, pentadbiran AS tidak berbuat demikian dan peperangan di Gaza sudah berlanjutan memasuki bulan ketujuh, dengan Israel membunuh lebih 34,000 rakyat Palestin.

Peperangan itu juga menyebabkan kebanyakan daripada 2.3 juta penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal, dengan sebahagian besar kawasan yang berpenduduk padat sudah musnah sama sekali. – REUTERS


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *