Semua Sekolah Di Bangladesh Ditutup Ekoran Suhu Melampau

Pengayuh beca melalui Sekolah Udayan Uchcha Madhyamik Bidyalaya di Dhaka yang ditutup ekoran cuaca panas melampau ketika ini. Foto Reuters

DHAKA, 26 Apr – Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.

Semua sekolah dan kolej akan ditutup sehingga Sabtu ini.

Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.

Langkah penutupan itu juga selari dengan tindakan India dan Filipina susulan gelombang haba melanda seluruh Asia ketika ini.

Pengayuh beca melalui Sekolah Udayan Uchcha Madhyamik Bidyalaya di Dhaka yang ditutup ekoran cuaca panas melampau ketika ini. Foto Reuters

Pengarah Save The Children Bangladesh, Shumon Sengupta berkata, penutupan sekolah akibat gelombang haba memberi kesan terutamanya kepada kanak-kanak Bangladesh yang merupakan antara kelompok termiskin di dunia.

Sementara itu, ribuan penduduk berkumpul di sini untuk berdoa memohon hujan.

Biro Cuaca Bangladesh berkata, purata suhu maksimum di ibu negara sepanjang minggu lalu adalah empat ke lima darjah celsius lebih tinggi berbanding purata 30 tahun untuk tempoh yang sama. – Agensi


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *