Semua Pihak Digesa Pacu Perubahan Bermakna Menerusi ESG – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri majlis pelancaran Konsortium Impak Positif ESG (A-EPIC) pertama di Asia di Kuala Lumpur pada Jumaat. Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 21 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak berkepentingan, termasuk perniagaan, masyarakat serta individu agar terbabit aktif dalam mencapai masa depan mampan selain mewujudkan sinergi untuk memacu perubahan bermakna bagi Malaysia.
Ketika menegaskan perkara itu, beliau turut menekankan bahawa penerapan prinsip-prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) melangkaui aspek pematuhan semata-mata dan memerlukan anjakan minda untuk mencapai prinsip pengawasan alam sekitar, tanggungjawab sosial dan kecemerlangan tadbir urus.
“Di Malaysia, kita telah mengambil pendirian yang progresif ke arah penyahkarbonan dan agenda kelestarian yang lebih besar.
“Malah, konsep MADANI yang merupakan etos pembangunan negara, meletakkan aspek kemampanan sebagai salah satu daripada tujuh prinsip terasnya,” kata beliau pada majlis pelancaran Konsortium Impak Positif ESG (A-EPIC) pertama di Asia di sini pada Jumaat. – Bernama
Glosari: ESG: Environmental, Social and Governance
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
