Sekretariat Dakwa Umno NS Derhaka Heret Institusi Diraja Ke Konvensyen Parti

Megat D Shahriman berkata, tindakan itu turut hina rakyat Negeri Sembilan yang bernaung di bawah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Sekretariat Taat Setia Sokongan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan mengecam Umno negeri itu kerana didakwa mengheret institusi diraja dalam Konvensyen 80 Tahun Umno, semalam.

Pengerusinya Megat D Shahriman Zaharudin menyifatkan tindakan itu sebagai penderhakaan dan tidak boleh dimaafkan sambil mepersoalkan perjuangan Umno sering melaung-laungkan ketegasan mempertahankan agama, bangsa dan Raja-Raja Melayu.

Tegasnya, tindakan itu mencabul kedaulatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 Bahagian II dan melanggar prinsip Raja Berperlembagaan di bawah Perkara 32 dan Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan.

Pendekatan berlandaskan undang-undang ini bukan sahaja memperkukuh integriti institusi diraja, malah meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kestabilan politik yang dipertahan Pakatan Harapan. Foto Facebook Aminuddin Harun

“Institusi diraja yang menjadi lambang kedaulatan adat perpatih telah dijadikan bahan politik murahan demi mengemis sokongan.

“Kamu bukan sahaja menghina Tuanku Muhriz, malah menghina seluruh rakyat Negeri Sembilan yang bernaung di bawah panji-panji baginda,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Pengerusi Umno Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias ketika berucap pada Konvensyen 80 Tahun Umno menghuraikan kronologi krisis institusi itu untuk menjelaskan tindakan beliau serta 13 Adun Barisan Nasional (BN) menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Lima kumpulan NGO berkumpul di hadapan Istana Hinggap di Seremban bagi menyerahkan memorandum mempertahankan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 30 April 2026.

Jalaluddin mengulangi alasan tindakan dibuat Isnin lalu itu kerana kegagalan Aminuddin menguruskan sebaiknya krisis institusi perlembagaan negeri sehingga menjadi perhatian umum.

Shariman menegaskan pihaknya memberi tempoh 48 jam kepada Jalaluddin serta Adun BN lain memohon maaf kepada Tuanku Muhriz.

Beliau juga menuntut polis dan peguam negara menyiasat tindakan itu di bawah Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan serta kesalahan mencabul Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 kerana menghina institusi diraja serta menghasut rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati institusi Raja-Raja Melayu termasuk institusi diraja Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

“Majlis Kerja Tertinggi Umno mesti menggantung serta memecat semua pemimpin Umno Negeri Sembilan yang terlibat kerana mencemar nama baik parti dan melakukan penderhakaan terhadap raja.

“Jika tiada sebarang tindakan selepas tempoh itu, sekretariat akan mendapatkan nasihat guaman bagi tindakan undang-undang selanjutnya,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *