Saya Tak ‘Follow’ Lagi Parti Baharu Rafizi, Nik Nazmi – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama rakyat Johor di Dewan Terbuka PPR Taman Desa Mutiara, Tebrau pada 17 Mei 2026.

JOHOR BAHRU, 17 Mei – “Saya tak ‘follow’ lagi”.

Itu kata-kata ringkas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai Parti Bersama Malaysia yang dilapor ‘diambil alih’ kedua-dua bekas pemimpin KEADILAN, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Komen tersebut dipercayai merujuk kepada perkembangan terkini kedua-dua pemimpin yang tewas dan kecewa pada Pemilihan KEADILAN 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama rakyat Johor di Dewan Terbuka PPR Taman Desa Mutiara, Tebrau pada 17 Mei 2026.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui pada Program Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat di Projek Perumahan Rakyat Desa Mutiara, Tebrau di sini hari ini.

Terdahulu, Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan perkara itu pada satu majlis pengumuman hala tuju politik dua pemimpin itu di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Mereka juga mengumumkan kerusi parlimen yang mereka wakili dikosongkan mulai hari ini.

Para penduduk mendengar ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama rakyat Johor di Dewan Terbuka PPR Taman Desa Mutiara, Tebrau pada 17 Mei 2026.

Bagaimanapun, tiada kelainan ditampilkan pada pengumuman itu kerana perhatian seluruh negara tertumpu kepada Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026 di Johor Bahru pada hari sama.

Malah, gembar-gembur kononnya ‘pengumuman’ tersebut dijangka cuba menyaingi penganjuran konvensyen itu, jauh tersasar.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *