‘Saya Hanya Berminat Dapatkan Kembali Wang Negara Untuk Rakyat’ – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir merasmikan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 di WTC Kuala Lumpur pada 14 Jun 2025. Foto Kementerian Komunikasi

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengulangi tekad untuk terus bertindak terhadap pemimpin korup walaupun usaha itu tidak mendapat sokongan.

“Apabila kita sudah mengambil tindakan terhadap pemimpin yang korup, sama ada yang dahulu atau masih berkhidmat dalam jawatan, ahli perniagaan, pemimpin korporat yang membazirkan berbilion ringgit, saya tidak melihat kemarahan atau sokongan (sedangkan) sepatutnya kita tunjukkan.

“Tetapi itu tidak mengapa, saya tetap akan menjalankan tugas saya, sama ada mendapat sokongan umum atau tidak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir merasmikan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 di WTC Kuala Lumpur pada 14 Jun 2025. Foto Kementerian Komunikasi

“Itu tanggungjawab saya dan saya akan melaksanakannya sebaik mungkin untuk memastikan kita membasmi rasuah yang telah berakar umbi dalam negara ini,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Anwar turut menyatakan ‘tidak berminat’ untuk memenjarakan individu tertentu yang terbabit rasuah, sebaliknya hanya mahu mendapatkan kembali wang negara yang diseleweng pihak tertentu supaya dalam digunakan kembali untuk manfaat rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil ketika hadir merasmikan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 di WTC Kuala Lumpur pada 14 Jun 2025. Foto Bernama

Beliau berkata, amalan memunggah kekayaan negara oleh tokoh politik dan ahli korporat perlu segera dihentikan.

“Bagaimana negara mengizinkan puluhan bilion dipunggah oleh beberapa tokoh politik dan korporat, kemudian dilupakan begitu sahaja? Di mana pengajarannya. Apa makna kuasa?

“Saya bukan minat nak penjarakan orang. Saya ada minat nak merampas balik wang itu supaya kembali kepada rakyat. Itu minat saya. Saya nak hentikan budaya ini,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir merasmikan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 di WTC Kuala Lumpur pada 14 Jun 2025. Foto Kementerian Komunikasi

Anwar mendedahkan ada pihak yang sanggup berpakat dan membiayai personaliti tertentu untuk menyeleweng wang negara.

Justeru, Perdana Menteri menegaskan tidak akan sesekali membiarkan kelompok itu terus melakukan jenayah.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *