Saya Akan Keluar Dari Kediaman Rasmi Malam Ini – Aminuddin

Datuk Seri Aminuddin Harun dijangka meninggalkan kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan malam 2 Ogos 2026. Foto arkib

SEREMBAN, 2 Ogos – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan beliau kini sedang membuat persiapan akhir untuk mengosongkan Kediaman Rasmi Menteri Besar dan berkemungkinan berpindah keluar malam ini.

“Saya tengah siap-siap bungkus barang. Mungkin malam ini. Ada barang perlu di kemaskan… ikan peliharaan semua mungkin esok,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Tinjauan di pekarangan Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan mendapati suasana tenang tanpa kawalan ketat daripada mana-mana pasukan keselamatan setakat pukul 6.30 petang ini.

Beberapa kenderaan dilihat berada di pekarangan kediaman yang dipercayai milik ahli keluarga dan saudara terdekat.

Barangan milik keluarga Aminuddin difahamkan sedang disusun untuk dibawa pulang ke kediaman peribadi di sini.

Difahamkan, Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan masih berada di kediaman rasmi itu bagi menyelesaikan urusan perpindahan dan dijangka meninggalkan kediaman berkenaan pada bila-bila masa.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *