Satu Bandar Tinggal Hanya Dalam Satu Bangunan

Menara Begich di Alaska mempunyai pelbagai fungsi iaitu menempatkan kediaman, sekolah, kedai runcit, klinik, balai polis. Foto AFP

ANCHORAGE, 10 FebBandar kecil Whittier di Alaska, Amerika Syarikat (AS), di pantai barat cukup istimewa kerana hampir semua penduduknya tinggal di bawah satu bumbung.

Data rasmi pada 2023 menunjukkan, hanya 257 orang tinggal di bandar ini.

Portal NDTV melaporkan, kebanyakan penduduk Whittier yang terletak berhampiran perairan Prince William Sound dan berdekatan dengan pergunungan ini tinggal di dalam bangunan 14 tingkat dikenali Menara Begich. Bangunan itu dulunya adalah berek polis.

Menara Begich mempunyai pelbagai fungsi iaitu menempatkan kediaman, sekolah, kedai runcit, klinik dan balai polis, membentuk komuniti mandiri dalam lingkungannya.

Ia menyajikan panorama berbeza dengan pemandangan biasa di bandar.

Menara Begich di Alaska mempunyai pelbagai fungsi iaitu menempatkan kediaman, sekolah, kedai runcit, klinik, balai polis. Foto AFP

Menara Begich, yang pada asalnya dibina sebagai perumahan tentera ketika Perang Dunia Kedua, sebelum menjadi tempat perlindungan yang penting.

Ia menawarkan kemudahan dan keselamatan berpusat, terutamanya sewaktu musim sejuk yang ekstrem apabila kawasan sekitarnya tidak dapat dilalui.

Ketika ini, kehidupan di Whittier adalah luar biasa kerana ia memberikan gambaran mengenai komuniti yang bersatu padu di mana penduduk tinggal berjiran antara satu sama lain.

Walaupun gaya hidup itu tidak konvensional, penduduk menerima kemudahan dan rasa setia kawan yang dipupuk oleh ruang kongsi itu.

Menurut alaska.org, walaupun hanya didiami ratusan penduduk, Whittier berupaya menarik ribuan pelancong setiap tahun.

Ia kerana tarikan hubungan kekeluargaan yang erat dan berdekatan dengan Anchorage, dengan hanya jarak meliputi 90 minit waktu pemanduan.

Whittier juga terkenal sebagai pusat glasier air pasang terbesar di dunia, dan menawarkan peluang menyaksikan fenomena semula jadi menakjubkan seperti ikan paus, memerang laut dan habitat burung laut.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *