Saravanan ‘Petik’ Nama Rafizi Kecoh Satu Dewan!

KUALA LUMPUR, 16 Nov -- Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Tapah Datuk Seri M.Saravanan menjawab soalan pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri ketika Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Dewan Rakyat hari ini kecoh selepas Pakatan Harapan (PH) tidak berpuas hati dengan Menteri Sumber Manusia, M Saravanan, yang mendakwa Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli ialah ‘insan ajaib’ yang hanya akan muncul enam hingga 12 bulan sebelum pilihan raya.

Saravanan membuat kenyataan itu ketika penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022, sebagai maklum balas kepada soalan Mohd Salim Sharif (BN-Jempol), yang bertanya sama ada persepsi pembubaran Parlimen ketika musim banjir yang sering dimainkan PH akan memberi kesan kepada kemajuan RUU berkenaan.

Saravanan yang juga Timbalan Presiden MIC, berkata isu pembubaran Parlimen ketika musim banjir kononnya adalah satu drama politik oleh Rafizi.

“Insan ajaib yang dikenali sebagai Rafizi hanya akan muncul enam hingga 12 bulan sebelum pilihan raya. Selepas itu, dia akan hilang.

“Kalau tuan-tuan lihat, Rafizi tidak pernah muncul ketika kita susah semasa COVID. Tidak pernah pun ada cadangan daripada Rafizi,” katanya.

Kenyataan itu menyebabkan beberapa Ahli Parlimen PH bangun dan meminta Saravanan tidak menyalahkan Rafizi serta kembali kepada sesi penggulungan RUU berkenaan.

Saravanan berkata isu pembubaran Parlimen ketika musim banjir adalah satu drama politik oleh Rafizi.

“Insan ajaib yang dikenali sebagai Rafizi hanya akan muncul enam hingga 12 bulan sebelum pilihan raya. Selepas itu, dia akan hilang.

“Kalau tuan-tuan lihat, Rafizi tidak pernah muncul ketika kita susah semasa COVID-19. Tidak pernah pun ada cadangan daripada Rafizi,” katanya.

Lim Guan Eng (PH-Bagan) berkata, pendirian untuk tidak melaksanakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bukan hanya oleh Rafizi tetapi semua parti pembangkang.

“Jika diadakan pilihan raya pada musim tengkujuh, apakah rancangan kerajaan untuk menghadapi banjir serentak dengan PRU? Takkan nak mengayuh sampan untuk pergi membuang undi,” katanya.

Saravanan menjelaskan, tiada mana-mana pihak yang menyebut untuk melaksanakan PRU ketika musim banjir.

Katanya, kerajaan kononnya sudah pun mempunyai rancangan enam bulan lebih awal untuk menangani masalah bencana itu, mengambil kira pengalaman pada tahun lalu.

“Jika kita membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya pada musim banjir, kenapa pembangkang perlu risau? Rakyat akan sokong anda. Bagilah kita membuat kesilapan.

“Ini seolah-olah mempertahankan kerajaan kita. Kenapa anda risau? Anda yang akan mendapat faedah,” katanya.

Tidak mengejutkan apabila Saravanan merasa tergugat dengan kemunculan bekas Ahli Parlumen Pandan itu kerana MIC dilihat tidak ada hala tuju jelas mahu membawa negara menghapuskan rasuah dan salah guna kuasa.

Malah lebih buruk, MIC sendiri terpalit dengan beberapa skandal salah guna kuasa antaranya MITRA dan Maika Holdings.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *