’Sanusi Diminta Hentikan Berkaraoke Dengan Wanita Bukan Muhrim’ – Fahmi

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika ditemui pemberita pada program Jualan Termurah di PPR Kerinchi, Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh Afiq Razali
KUALA LUMPUR, 6 Jan – Fahmi Fadzil menasihatkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berhenti berkaraoke dengan bukan muhrim.
Jururucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata Sanusi, perlu berhenti berkaraoke di waktu tengah malam dan fokus kepada aktiviti mentadbir negeri Kedah.
Sanusi dikecam orang ramai, baru-baru ini selepas sibuk bersiaran langsung di akaun TikTok miliknya.
Dalam siaran langsung tersebut, Sanusi yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah itu ‘ralik’ berkaraoke dengan seorang perempuan sehingga pukul 2 pagi.

“Saya rasa daripada dia memberi komen tentang ini, mungkin dia perlu ubah sikap beliau. Hentikanlah berkaraoke tengah malam dengan perempuan ajnabi, fokus mentadbir.
“Saya rasa dia (Sanusi) ada banyak masalah, dia menteri besar bukan Ahli Parlimen,” katanya kepada media selepas menghadiri program Jualan Termurah, Khidmat Demi Rakyat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, pagi ini.
Turut hadir adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.
Berhubung isu itu, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi mengulas kenyataan Sanusi yakin Langkah Dubai akan menjadi kenyataan namun tidak boleh mendedahkan butirannya.
Menteri Besar Kedah itu mendakwa, pemimpin Kerajaan Perpaduan pada ketika ini ibarat takut pada bayang-bayang sendiri kerana tahu akan kehilangan kuasa pemerintahan.

Menurutnya, kejatuhan kerajaan akan berlaku menerusi peralihan sokongan ahli Parlimen dan tindakan itu tidak menyalahi Perlembagaan mahupun amalan demokrasi.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
