Salah Akan Kembali Beraksi Tiga, Empat Minggu Lagi

Mohamed Salah ketika mengalami kecederaan hamstring sebelum rehat ketika seri 2-2 dengan Ghana pada aksi Piala Negara-Negara Afrika di Ivory Coast, Khamis lepas. Foto AFP

LIVERPOOL, 23 JanPenyerang Liverpool dan Mesir, Mohamed Salah dijangka kembali beraksi dalam tiga atau empat minggu jika pemulihannya berjalan lancar, kata penolong pengurus Pepijn Lijnders malam ini.

Pemain antarabangsa Mesir itu pulang ke England untuk menjalani rawatan selepas mengalami kecederaan hamstring sebelum rehat ketika seri 2-2 dengan Ghana pada aksi Piala Negara-Negara Afrika di Abidjan minggu lalu, mencetus panik di Liverpool.

“Koyak di hamstringnya jadi dia dijangka akan kembali bermain dalam tempoh tiga hingga empat minggu jika semuanya berjalan lancar,” kata Lijnders kepada wartawan menjelang aksi separuh akhir kedua Piala Liga menentang Fulham pada lusa.

“Ia akan berjalan lancar kerana cara kami merawat badannya sebelum ini.”

Penolong pengurus dari Belanda itu berkata, staf perubatan Liverpool dan Mesir bersetuju dia akan menjalani rawatan di England berbanding kekal bersama pasukan kebangsaannya yang sudah layak ke pusingan 16 terakhir kejohanan itu.

Mohamed Salah ketika mengalami kecederaan hamstring sebelum rehat ketika seri 2-2 dengan Ghana pada aksi Piala Negara-Negara Afrika di Ivory Coast, Khamis lepas. Foto AFP

“Apa yang saya amat gembira pasukan perubatan Mesir dan Liverpool bekerjasama dan kami berhubung rapat sebelum membuat keputusan ini,” katanya.

Liverpool, yang menang Piala Liga dengan rekod sembilan kali, bertandang ke Craven Cottage awal pagi Khamis ini dengan kelebihan mendahului 2-1 menerusi aksi pertama. – REUTERS

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *