Rumah Presiden Peru Diserbu Gagal Isytihar Jam Rolex

Polis mengawal laluan masuk ke kediaman Presiden Peru, Dina Boluarte di Lima setelah gagal mengisytiharkan jam tangan Rolex miliknya. Foto AP

LIMA, 30 Mac – Pihak berkuasa Peru menyerbu rumah Presiden Dina Boluarte sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah yang sedang dijalankan.

Menurut dokumen polis yang diperoleh AFP, kira-kira 40 pegawai terbabit dalam serbuan yang memfokuskan mencari jam tangan Rolex yang tidak diisytiharkan oleh Boluarte.

“Serbuan adalah bertujuan mencari dan menyita,” kata polis.

Awal bulan ini, pihak berkuasa melancarkan siasatan ke atas Boluarte berikutan laporan akhbar mengenai beliau memakai jam tangan mewah yang tidak diisytiharkan dalam rekod awam.

Polis mengawal laluan masuk ke kediaman Presiden Peru, Dina Boluarte di Lima setelah gagal mengisytiharkan jam tangan Rolex miliknya. Foto AP

Dalam serbuan itu, ia turut disertai polis dan pejabat pendakwa, disiarkan di saluran televisyen tempatan Latina.

Pada Disember 2022, Boluarte mengambil alih jawatan selepas bekas presiden, Pedro Castillo cuba membubarkan Kongres dan memerintah melalui dekri, yang membawa kepada penyingkiran dan penahanannya yang cepat. – AFP


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *