Rombakan Kabinet: PM Anwar Adakan Taklimat Pada Selasa

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pada sesi berkenaan Perdana Menteri dijangka memberikan penerangan berkaitan peletakan jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

SHAH ALAM, 9 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan taklimat bersama Jemaah Menteri, Selasa ini antaranya bagi membincangkan tentang rombakan Kabinet yang dijangka dilaksanakan.

‎‎Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pada sesi berkenaan Perdana Menteri dijangka memberikan penerangan berkaitan peletakan jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang diumum semalam.

‎‎”Saya dengar melalui berita (peletakan jawatan Ewon), tetapi Selasa ini ada mesyuarat Kabinet dan kita akan dengar penerangan daripada Perdana Menteri.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick mengesahkan akan meletakkan jawatan sebagai anggota Kabinet Persekutuan menerusi hantaran di Facebook pada 8 November 2025.

‎‎”Kita juga akan bincang pada Selasa nanti (rombakan Kabinet), jadi saya tak mahu komen apa-apa lagi mengenai hal itu,” katanya ketika ditemui selepas sesi penggulungan Konvensyen Nasional Amanah 2025 di sini hari ini.

‎‎Semalam, media melaporkan Ewon mengumumkan peletakan jawatannya sebagai anggota Kabinet Persekutuan atas dasar prinsip dan pendirian berkaitan pelaksanaan hak 40 peratus hasil Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan.

‎‎Ewon yang memegang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti penghakiman bertulis oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Celestina Stuel Galid berhubung Semakan Kehakiman yang difailkan oleh Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS).

Ditanya sama ada peletakan jawatan itu akan mengganggu gerak kerja Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17, Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yakin ia tidak akan memberi sebarang kesan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *