Robert Tan Spanco Mengaku Tidak Bersalah Tipu MOF RM3.9 Bilion

Pengerusi Spanco Sdn Bhd Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen KL, atas pertuduhan menipu Kementerian Kewangan sehingga menyebabkan syarikatnya dianugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9 bilion. Foto Amirulhakim Lokman

KUALA LUMPUR, 3 Apr – Pengerusi Spanco Sdn Bhd Tan Sri Robert Tan Hua Choon didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Dia didakwa atas kesalahan menipu Kementerian Kewangan (MOF) antara 27 Februari dan 28 Februari 2019 di Putrajaya sehingga dianugerahkan kontrak RM3.9 bilion.

Tan, 83, tidak mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, antara 27 Februari dan 28 Februari 2019.

Timbalan pendakwa raya Mahadi Jumaat kemudian berkata kedua-dua pihak bersetuju dengan jumlah jaminan RM2 juta yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Suzana Hussin yang mendengar kes terbabit.

Pengerusi Spanco Sdn Bhd Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen KL, atas pertuduhan menipu Kementerian Kewangan sehingga menyebabkan syarikatnya dianugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9 bilion. Foto Amirulhakim Lokman

Spanco, ditubuhkan pada tahun 1988 merupakan pembekal swasta terbesar bagi penyelesaian pengurusan kenderaan kerajaan Malaysia.

Terdahulu Tan hadir bertongkat dengan memakai baju kemeja dan kot biru diiringi beberapa individu sebelum memasuki lobi mahkamah jam 8.13 pagi.

Terdahulu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh kebenaran mendakwa Robert Tan pada Selasa dengan butirannya hanya diketahui hari ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *