RM6 Juta Bina Tiga Alur Limpah PLSB Sungai Golok – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SMK Agama Lati, Pasir Mas, Kelantan. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PASIR MAS, 28 DisKerja-kerja pelebaran dan mendalamkan Sungai Golok di Rantau Panjang, dekat sini akan disegerakan dalam usaha meredakan tekanan banjir di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangan melibatkan perkara itu sudah dilakukan dengan rakan sejawatnya dari Thailand, Srettha Thavisin.

Menurutnya, Srettha sudah memberikan respon positif dan perkara itu akan disegerakan.

“Pada hemat kami kerja-kerja ini mampu meredakan tekanan banjir di kedua-dua negara iaitu melibatkan di Narathiwat (Thailand) dan Rantau Panjang (Malaysia),” katanya selepas menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SMK) Agama Lati, di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SMK Agama Lati, Pasir Mas, Kelantan. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata benteng sementara itu perlu dilakukan secepat mungkin di tiga tempat yang telah dikenal pasti dengan peruntukan masing-masing bernilai RM2 juta.

“Benteng pecah itu saya tidak tahu punca tapi ada langkah yang dicadangkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri untuk buat benteng sementara di tiga tempat, masing-masing dengan peruntukan bernilai RM2 juta.

Justeru, permohonan JPS negeri bernilai RM6 juta diluluskan segera dan perlu dilakukan secepat mungkin,” katanya pada sidang media selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

PM Anwar Umum Bantuan Awal RM50 Juta Untuk Mangsa Banjir Di Kelantan

Terdahulu, Anwar meluangkan masa lebih 30 minit melakukan tinjauan di Jambatan Lubok Jong, di sini dan mendengar taklimat daripada wakil JPS negeri mengenai situasi banjir di Kelantan.

Sebelum ini, media melaporkan benteng PLSB Sungai Golok di Rantau Panjang, pecah pada Selasa lepas sehingga mengakibatkan air dari Sungai Lanchang mengalir keluar laju ke arah Sungai Golok.

Dalam pada itu, Anwar berkata Kerajaan Negeri Kelantan bersetuju untuk menyegerakan proses pengambilan tanah bagi membolehkan projek PLSB Sungai Golok Fasa 2 dilaksanakan dalam tempoh masa terdekat.

Beliau berkata peruntukan tambahan berjumlah RM800 juta juga diluluskan bagi mempercepatkan pelaksanaan projek itu yang dijangka bermula awal tahun depan.

Projek PLSB Sungai Golok yang dilaksanakan dalam tiga fasa membabitkan peruntukan berjumlah lebih RM2 bilion dan dijangka melindungi 31,000 penduduk dan kawasan seluas 66,000 hektar daripada banjir.

Sementara itu, Anwar berkata sebanyak lima projek baharu bagi mengatasi masalah banjir di Kelantan dijangka akan memulakan proses perolehan pada tahun hadapan dengan kos keseluruhan dijangka berjumlah RM910.52 juta.

“(Peruntukan) hampir RM1 bilion ini menunjukkan bahawa tumpuan kita terhadap masalah banjir yang berlaku kerana banjir ini berat ditanggung rakyat di Kelantan. Maka, projek tebatan banjir diberi lebih keutamaan di Kelantan,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *