Rizab Antarabangsa BNM Terus Meningkat Kepada US$128.3 Bilion

Rizab antarabangsa BNM terus meningkat kepada US$128.3 bilion setakat 27 Februari 2026 daripada US$127.9 bilion setakat 13 Februari 2026, kenaikan sebanyak US$0.4 bilion dalam tempoh dua minggu sahaja.

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$128.3 bilion setakat 27 Februari 2026.

Ia meningkat daripada US$127.9 bilion setakat 13 Februari 2026, kenaikan sebanyak US$0.4 bilion dalam tempoh dua minggu sahaja.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata paras rizab berkenaan adalah memadai untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Gabungan rizab antarabangsa yang tinggi serta ringgit yang lebih stabil membentuk asas kukuh bagi ekonomi Malaysia terus kekal berdaya tahan dan stabil bagi dua bulan pertama tahun ini.

Katanya komponen utama ialah rizab mata wang asing (US$112.5 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$6.0 bilion), emas (US$6.1 bilion) dan aset rizab lain (US$2.4 bilion).

Keseluruhan aset berjumlah RM606.44 bilion, terdiri daripada emas, aset kewangan asing dan rizab lain termasuk SDR (RM520.14 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM13.41 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM28.73 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.66 bilion), hartanah dan peralatan (RM4.55 bilion) dan aset lain (RM37.93 bilion).

Dari segi liabiliti, BNM berkata mata wang dalam edaran berjumlah RM186.66 bilion, manakala deposit berjumlah RM177.74 bilion, termasuk deposit dengan institusi kewangan (RM102.78 bilion), deposit Kerajaan Persekutuan (RM5.38 bilion) dan lain-lain (RM69.58 bilion).

Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada US$126.9 bilion setakat 30 Januari, 2026, berbanding US$125.6 billion pada 15 Januari, 2026.

Modal bank pusat itu berjumlah RM100 juta, dengan rizab sebanyak RM202.83 bilion, di samping kertas Bank Negara (RM7.97 bilion), peruntukan SDR (RM26.83 bilion) dan liabiliti lain (RM4.29 bilion).

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *