Ringgit Terus Meningkat Kepada RM4.11 Berbanding Dolar AS

Pada jam 10.45 pagi, ringgit kini diniagakan pada RM4.103 berbanding dolar Amerika Syarikat daripada RM4.12 pada penutup Jumaat. Foto Yahoo! Finance
KUALA LUMPUR, 30 Sep – Ringgit meneruskan aliran meningkat minggu lalu, dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, disokong oleh sentimen positif yang berterusan terhadap mata wang tempatan, kata penganalisis.
Pada 8.04 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1150/1280, naik daripada 4.1230/1280 pada Jumaat lalu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ringgit dijangka kekal positif walaupun sebahagian peniaga mungkin mengambil peluang untuk menyimpan keuntungan berikutan kenaikannya baru-baru ini.
Di peringkat global, katanya terdapat petunjuk ekonomi yang bercampur-campur dari Amerika Syarikat (AS).
Indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) utama sederhana kepada 2.2 peratus pada Ogos manakala PCE teras kekal stabil pada 2.7 peratus.
Walaupun sedemikian, Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka mengekalkan strategi pelonggaran dasar monetarinya pada November dan Disember.
“Oleh itu, tumpuan pada minggu ini adalah kepada data AS, termasuk Indeks ISM untuk sektor pembuatan dan perkhidmatan serta beberapa petunjuk utama pasaran buruh seperti Tinjauan Pembukaan Pekerjaan dan Perolehan Tenaga Kerja (JOLTS), perubahan pekerjaan ADP dan senarai gaji bukan ladang (NFP),” katanya.
Mohd Afzanizam berkata, paras sokongan segera untuk ringgit adalah pada RM4.0728 dengan mata wang tersebut berpotensi bergerak ke arah paras tersebut.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

