Ringgit Terus Kukuh, Disokong Usaha Berterusan Kerajaan

Pemasangan 40 unit mesin pengimbas baharu di KLIA dapat menambah kecekapan pengurusan di pintu masuk utama negara. Foto Malaysia Airports
SEPANG, 27 Sep – Ringgit diunjurkan terus mengukuh disokong usaha berterusan kerajaan merancakkan ekonomi semasa.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata prestasi ringgit terus mengukuh berikutan perkembangan baik ekonomi negara, peningkatan pelaburan dan pergerakan kadar faedah Amerika Syarikat.
“Kalau kita tengok keadaan macam ini yang paling penting ialah kita kena merancakkan ekonomi termasuk membawa masuk lebih ramai pelabur selain permintaan ke atas ringgit supaya ringgit lebih mengukuh.
“Tetapi apa yang kita belajar kali ini, sekiranya ada usaha sama antara kerajaan, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Bank Negara, insya-Allah kita boleh stabilkan ringgit dalam apa-apa kondisi yang ada,” katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis perasmian 40 unit mesin pengimbas bagasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.
Ringgit hari ini ditutup kepada 4.12 berbanding dolar AS sekali gus muncul antara mata wang berprestasi terbaik di peringkat dunia.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

