Ringgit Lonjak Kepada RM3.89, Tertinggi Dalam Tempoh Hampir 8 Tahun

Jam 6 petang 12 Februari 2026, ringgit melonjak kepada 3.8995/9060 berbanding dolar AS, meningkat daripada paras penutup Rabu pada 3.9110/9170.

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Ringgit melonjak kepada 3.8995 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada penutup dagangan hari ini, hampir mencecah paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun.

Mata wang tempatan kali terakhir didagangkan sekitar paras itu pada 23 April 2018, pada kadar 3.8965/8995 berbanding dolar AS.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan mengukuh kepada 3.8995/9060 berbanding dolar AS, meningkat daripada paras penutup Rabu pada 3.9110/9170.

Kedudukan ringgit yang kini berada pada paras RM3.904 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika disemak jam 12.50 tengah hari 12 Februari 2026. Foto Yahoo Finance

Sehingga jam 12.50 tengah hari, ringgit berada pada paras RM3.904 berbanding dolar AS setelah turut dibuka tinggi pada urusniaga pagi tadi.

Terdahulu pada sesi pembukaan pagi tadi, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), walaupun dolar AS lebih kukuh, memandangkan keyakinan berterusan terhadap asas ekonomi Malaysia menyokong mata wang tempatan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data ekonomi domestik yang menggalakkan dan keyakinan pelabur yang berterusan terhadap prospek makroekonomi Malaysia terus menyokong permintaan mata wang tempatan.

“Titik data yang kukuh untuk ekonomi Malaysia juga akan mengekalkan minat terhadap ringgit. Oleh itu, jangkaan pasangan dolar AS-ringgit akan bergerak dalam julat RM3.91 hingga RM3.93 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *