Ringgit Diunjur Mengukuh Ke Paras RM4.50 Pada Separuh Kedua Tahun Ini – Amir Hamzah

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 29 FebKementerian Kewangan memberi jaminan bahawa nilai Ringgit yang merosot ke paras terendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dijangka pulih dan mengukuh semula pada separuh kedua 2024.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ia akan disumbangkan oleh unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak empat hingga lima peratus tahun ini, sekali gus memudahkan pemulihan ringgit ke paras RM4.50.

“Penganalisis pasaran menganggarkan ringgit di bawah nilai antara lapan hingga 10 peratus. Bagaimanapun, unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia empat hingga lima peratus tahun ini dijangka memudahkan pemulihan ringgit berbanding dolar AS kepada RM4.50,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (PH-Bagan) pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini, sama ada Ringgit akan mencapai paras rendah RM5 berbanding dolar AS berikutan kejatuhan nilai yang ketara dalam tempoh 26 tahun.

Ringgit ketika ini berlegar sekitar RM4.76 hingga RM4.79 dengan pemulihan nilai dijangka bermula sekitar April atau Mei ini sehingga ke paras RM4.50 pada Jun atau Julai tahun ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *