Ringgit Dijangka Kukuh Antara RM4.10 Dan RM4.12 Minggu Depan

Peniaga dan pelabur melihat Fed membuat pengurangan kadar faedah sebanyak 25 mata asas dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed (FOMC) yang dijadualkan pada 9 dan 10 Disember 2025. Foto Federal Reseve System

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Ringgit dijangka kekal stabil dan didagangkan dalam julat 4.10 hingga 4.12 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, disokong oleh jangkaan pasaran terhadap kemungkinan pengurangan kadar faedah Rizab Persekutuan AS (Fed).

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata kebanyakan peniaga dan pelabur menjangkakan Fed membuat pengurangan kadar faedah sebanyak 25 mata asas dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed (FOMC) yang dijadualkan pada 9 dan 10 Disember ini.

“Tumpuan minggu depan akan terarah kepada mesyuarat FOMC, dan lebih penting, panduan dasarnya, terutama unjuran suku tahunan terkini mengenai pemboleh ubah makroekonomi khususnya Kadar Dana Persekutuan dan unjuran inflasi,” katanya.

Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.1065/1155 berbanding 4.1115/1165 pada 4 Disember 2025.

Awal minggu ini, mata wang tempatan mendatar pada Isnin sebelum mengukuh dari Selasa hingga Jumaat.

Unit tempatan mencecah 4.11 iaitu paras tertinggi dalam tempoh empat tahun lima bulan pada Khamis.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, ringgit mengukuh berbanding dolar AS apabila ditutup tinggi pada 4.1105/1140 daripada 4.1300/1350 yang dicatatkan minggu lalu.

Ringgit diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama.

Prestasi ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat ketika sesi penutup Jumaat pada 5 Disember 2025. Foto Yahoo! Finance

Mata wang domestik rendah berbanding yen Jepun kepada 2.6536/6561 daripada 2.6420/6456 ketika minggu lepas, dan susut berbanding euro kepada 4.7912/7953 daripada 4.7768/7825.

Ringgit turun berbanding pound British kepada 5.4859/4905 daripada 5.4528/4594.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang negara rakan serantau ASEAN.

Unit tempatan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 246.8/247.2 daripada 247.6/248.0 ketika ditutup minggu lepas, dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1741/1773 daripada 3.1813/1857.

Ringgit juga lebih stabil berbanding peso Filipina kepada 6.97/6.98 daripada 7.04/7.06 namun, susut berbanding baht Thailand kepada 12.9054/9221 daripada 12.8245/8472.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *