Ratusan Rakyat Palestin Dibunuh Ketika Menyerbu Trak Bantuan Makanan

Penduduk Palestin meratapi kehilangan anggota keluarga dalam rempuhan trak bantuan kemanusiaan, di hospital Al-Shifa di Bandar Gaza. Foto AFP

GAZA, 1 MacRibuan rakyat Palestin yang terdesak untuk mendapatkan makanan dan kebuluran dilihat menyerbu trak bantuan makanan dan terpaksa bertarung nyawa berdepan tembakan langsung oleh tentera Israel semalam.

Menjelang tengah hari, Kementerian Kesihatan di Gaza berkata, lebih 100 orang dilaporkan terkorban dalam tragedi mengerikan itu akibat ditembak tentera Israel atau kerana digilis trak bantuan.

“Terdapat ramai orang, tetapi tentera Zionis terus menembak ke arah kami,” kata seorang pemuda kepada AFP sambil berbaring di atas lantai yang kotor dan sesak di Hospital Kamal Adwan untuk menunggu rawatan.

Dia adalah antara mangsa yang cedera dalam serangan itu, yang berlaku beberapa jam sebelum subuh.

Ali Awad Ashqir, yang pergi membeli tepung untuk keluarganya yang kelaparan turut menunggu selama dua jam sewaktu keganasan itu meletus.

“Kira-kira jam 4 pagi trak mula tiba. Sebaik mereka tiba, tentera Zionis menembak peluru meriam dan senjata api.

“Saya terkena tembakan di kaki kiri dan dibawa ke Hospital Al-Shifa. Saya kemudiannya dibenarkan keluar kerana kecederaan saya sederhana,” katanya kepada AFP.

Mangsa warga Palestin yang terbunuh dalam tragedi rempuhan rempuhan trak bantuan kemanusiaan di Bandar Gaza. - Foto AFP
Mangsa warga Palestin yang terbunuh dalam tragedi rempuhan rempuhan trak bantuan kemanusiaan di Bandar Gaza. Foto AFP

Hossam Abu Safiya, pengarah di Hospital Kamal Adwan berkata, semua mangsa terkena ‘peluru dan serpihan tembakan senjata pasukan pertahanan Israel (IDF).

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qudra, mengecam serangan itu, yang disebutnya sebagai ‘pembunuhan beramai-ramai’ di bulatan Nabulsi, bandar Gaza, apabila mengesahkan seramai 112 orang terbunuh dan 760 cedera.

Sumber Israel turut mengesahkan kepada AFP dengan mengatakan tentera Israel berada di tempat kejadian dan sudah melepaskan tembakan apabila menganggap orang ramai berhampiran trak itu sebagai ‘ancaman’.

Bagaimanapun, jurucakap pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, cuba berdalih dengan mengatakan kebanyakan mangsa maut digilis trak bantuan itu.

“Trak bantuan cuba dirompak dan pemandu merempuh orang ramai, akhirnya membunuh berpuluh-puluh orang,” kata jurucakap itu, Avi Hyman.

Warga Palestin yang cedera dalam tragedi rempuhan rempuhan trak bantuan kemanusiaan di Bandar Gaza sedang mendapatkan rawatan di hospital Al-Shifa. - Foto AFP
Warga Palestin yang cedera dalam tragedi rempuhan rempuhan trak bantuan kemanusiaan di Bandar Gaza sedang mendapatkan rawatan di hospital Al-Shifa. Foto AFP

Menurut agensi PBB untuk pelarian Palestin, UNRWA, hanya sekitar 2,300 trak bantuan memasuki Semenanjung Gaza pada Februari, turun kira-kira 50 peratus berbanding Januari.

Ia juga purata di bawah 100 trak setiap hari, turun daripada sekitar 500 trak yang masuk setiap hari sebelum perang berlaku.

Seorang saksi berkata kepada AFP, kekurangan itu menyebabkan orang ramai menyerbu trak di bulatan Nabulsi, semalam.

Rakaman udara yang diedarkan oleh tentera Israel menunjukkan kumpulan besar mengerumuni barisan trak yang bergerak.

“Lori yang penuh dengan bantuan datang terlalu dekat dengan beberapa kereta kebal tentera yang berada di kawasan itu dan orang ramai, ribuan orang hanya menyerbu trak itu,” kata saksi itu, yang enggan dinamakan. – AFP


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *