Ratusan Kanak-Kanak Ceria Sambut PM Anwar Solat Jumaat

Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Sri Sendayan Seremban pada 15 Mei 2026. Foto PMO

SEREMBAN, 15 Mei – Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Sri Sendayan hari ini berlangsung dalam suasana penuh ceria apabila beliau disambut ratusan kanak-kanak yang kebetulan menghadiri sambutan Hari Belia Negara 2026 di sini pada sebelah pagi.

Seawal ketibaan Perdana Menteri kira-kira jam 1.15 tengah hari, suasana di perkarangan masjid bertukar meriah apabila kanak-kanak dan golongan belia melambai tangan sambil mengambil peluang mendekati beliau.

Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Sri Sendayan Seremban pada 15 Mei 2026. Foto PMO

Ada dalam kalangan mereka turut bersalaman dan bergambar sebagai kenangan bersama pemimpin negara itu seakan ceria dengan kehadiran Perdana Menteri yang amat mendengar setiap jeritan kanak-kanak itu.

Kehadiran Anwar jelas menceriakan program yang menghimpunkan masyarakat setempat sempena sambutan Hari Belia Negara 2026 termasuk kanak-kanak pelbagai kaum dan peringkat umur.

Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Sri Sendayan Seremban pada 15 Mei 2026. Foto PMO

Perdana Menteri kemudian bersama jemaah menunaikan solat Jumaat sebelum meluangkan masa beramah mesra dengan orang ramai, diiringi Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammad Taufiq Johari.

Sikap mesra beliau terutama terhadap kanak-kanak menarik perhatian ramai yang melihat pendekatan santai dan dekat dengan rakyat terus menjadi kekuatan kepimpinan beliau.

Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Sri Sendayan Seremban pada 15 Mei 2026. Foto PMO

Sambutan Hari Belia Negara 2026 di kawasan tersebut turut diisi dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, sukan rakyat dan program pembangunan belia yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk sekitar.

Kehadiran Perdana Menteri bukan sahaja menyerikan program berkenaan, malah memberi semangat kepada golongan muda untuk terus aktif menyumbang kepada masyarakat dan negara.

 

Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Sri Sendayan Seremban pada 15 Mei 2026. Foto PMO

Anwar sempat berpesan kepada kanak-kanak agar terus rajin belajar dan taat kepada ibu bapa dan para guru.

Suasana harmoni serta kemeriahan yang tercipta menggambarkan hubungan erat antara pemimpin dan rakyat pelbagai peringkat usia.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *