Rasuah: Empat Pegawai Ditahan SPRM Disyaki Ambil RM12,000

Pengarah SPRM Kelantan, Azmin Yusoff mengesahkan penahanan empat pegawai penguatkuasa pada 6 April 20326.

KOTA BHARU, 6 Apr – Seramai empat pegawai penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM12,000 daripada seorang lelaki akhir tahun lalu.

Menurut sumber, semua suspek ditahan di pejabat masing-masing kira-kira tengah hari tadi.

“Mereka kemudian dibawa ke pejabat SPRM Kelantan di sini petang ini untuk siasatan lanjut,” kata sumber itu.

Sumber berkata, keempat-empat individu itu dipercayai menerima wang berkenaan sebagai balasan kerana tidak mengambil tindakan terhadap lelaki yang didapati membawa barangan terlarang di dalam kenderaannya.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Azmin Yusoff, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *