Rangkuman Lawatan Ke Utara Penguat Semangat PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan dan menyantuni rakyat di Bazar Ramadan Taman Selasih, Kulim pada 7 Mac 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Setiap momen manis pastinya meninggalkan seribu satu kisah yang bukan sekadar dikenang, malah menjadi ingatan buat rakyat yang memandang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan dan menyantuni rakyat di Bazar Ramadan Taman Selasih, Kulim pada 7 Mac 2026. Foto PMO

“Sokongan, pandangan dan kritikan yang saya dengar sepanjang kunjungan ini menjadi penguat semangat untuk saya dan pasukan.”

Demikian respons Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kunjungannya ke dua negeri di utara tanah air, Pulau Pinang dan Kedah, Sabtu lalu.

Beliau berkata, maklum balas yang diterima daripada rakyat di kedua-dua negeri itu menjadi pendorong kepadanya dan pasukan untuk terus bekerja lebih tekun demi rakyat dan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan dan menyantuni rakyat di Bazar Ramadan Taman Selasih, Kulim pada 7 Mac 2026. Foto PMO

“Terima kasih atas sambutan yang begitu mesra di Pulau Pinang dan Kedah,” katanya menerusi kenyataan di media sosial, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan dan menyantuni rakyat di Bazar Ramadan Taman Selasih, Kulim pada 7 Mac 2026. Foto PMO

Menurutnya, lawatan itu turut memberi peluang untuk beliau bertemu semula sahabat lama selain menyantuni peniaga di bazar Ramadan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan dan menyantuni rakyat di Bazar Ramadan Taman Selasih, Kulim pada 7 Mac 2026. Foto PMO

“Alhamdulillah, sempat bertemu ramai sahabat lama, menyantuni peniaga di bazar Ramadan dan beramah mesra dengan masyarakat setempat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan dan menyantuni rakyat di Bazar Ramadan Taman Selasih, Kulim pada 7 Mac 2026. Foto PMO

“Di samping (dapat) melepaskan rindu pada kampung halaman yang sentiasa dekat di hati,” ujarnya.

Sementara di ruangan komen, netizen amat berbangga dengan kesudian Perdana Menteri turun menyantuni mereka biarpun seketika.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan dan menyantuni rakyat di Bazar Ramadan Taman Selasih, Kulim pada 7 Mac 2026. Foto PMO

“Alhamdulilah terharu bila dgr pakcik tu kata lama hajat nk jumpa PMX..sepuluh mencaci tetap akan ada satu yg menghargai moga Allah pelihara DSAI,” tulis Alif Anuar.

Faizal Ibrahim pula menulis “Terbaik PMO video yang mantap… hari2 kami mau video… ada last part.. pakcik tu mohon ampun dan maaf… terbaik pakcik.. kita pun xtau kadang2 ada buat silap..,” ujarnya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *