Raja Salman Dibenarkan Keluar Dari Hospital Jeddah

Raja Salman dibenarkan keluar dari Hospital Pakar Raja Faisal, Jeddah selepas menjalani pemeriksaan kesihatan. Foto SPA
JEDDAH, 25 Apr – Istana Diraja Arab Saudi pada Rabu mengumumkan bahawa Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Penjaga Dua Masjid Suci, dimasukkan ke Hospital Pakar Raja Faisal di Jeddah untuk pemeriksaan kesihatan rutin.
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam, lapor Saudi Press Agency (SPA), memetik kenyataan yang juga diterbitkan dalam akaun X rasmi Istana Diraja.
Baginda difahamkan telah dibenarkan keluar dan menjalani rawatan biasa dan pemantauan tambah SPA.
Kali terakhir baginda dimasukkan ke hospital adalah pada Mei 2022 bagi menjalani ujian kolonoskopi dan perubatan, lapor Gulf News (@gulfnews) di platform X.
Susulan itu, pemantauan rapi pasukan perubatan mengendalikan kesihatan baginda yang merosot sejak itu.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
