Raikan Ulang Tahun KEADILAN Ke-25 Dengan Naikkan Kembali Semangat Parti – Andre Lai

Ulang tahun ke-25 Parti Keadilan Rakyat disambut hari ini wajar dihayati seluruh anggota parti bagi meneruskan kesinambungan Kerajaan Perpaduan.

KUALA LUMPUR, 4 AprNaib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Wilayah Persekutuan Andre Lai menyeru anggota parti menghayati ulang tahun parti ke-25 dengan menaikkan kembali semangat dalam meneruskan agenda Kerajaan Perpaduan.

Ia bukan sekadar meneruskan kesinambungan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri merangkap Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi juga meneruskan agenda reformasi yang sedang dilaksanakan.

Difahamkan acara bagi merayakan ulang tahun ke-25  KEADILAN akan diadakan di Sentul Depot, Kuala Lumpur pada 11 Mei 2024.

“Acara ini diadakan untuk meraikan sokongan dan dokongan anggota-anggota dan penyokong perjuangan reformasi sebagai tanda penghargaan Parti di atas sumbangan semua pihak yang meletakkan KEADILAN di kedudukan yang sekarang ini.

“Pada tahun 2024 ini, KEADILAN akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-25, Jubli Perak,” katanya di Facebook.

Ulang tahun ke-25 Parti Keadilan Rakyat disambut hari ini wajar dihayati seluruh anggota parti bagi meneruskan kesinambungan Kerajaan Perpaduan.

“Sebagai menambah kemeriahan dan memaknai hari bersejarah ini, KEADILAN telah menganjurkan penjualan koin bersalut Emas dan koin Perak edisi terhad.

Mengulas lanjut Andre Lai berkata penjualan ini juga adalah usaha untuk menampung sebahagian perbelanjaan acara bersejarah ini serta sebagai dana kepada Pertubuhan Kebajikan dan Koperasi berkaitan parti iaitu KIRA.

“Ayuh saudara-saudari kita hadir beramai-ramai sertai acara bersejarah ini agar kita dapat bersama-sama menghayati perjuangan dan kejayaan KEADILAN sepanjang tempoh 25 Tahun penubuhannya,” katanya.

KEADILAN ditubuhkan pada 4 April 1999 dengan nama asalnya Parti Keadilan Nasional (PKN) sebelum ditukar nama kepada Parti Keadilan Rakyat.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *