PRU Sabah: KEADILAN Tambah Satu Kerusi Bertanding

Timbalan Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar menyerahkan watikah calon DUN N06 Bandau kepada Zaidi (kanan) disaksikan Mustapha pada 13 November 2025.
KOTA KINABALU, 14 Nov – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menambah satu kerusi lagi apabila Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Zaidi Jatil mengesahkan beliau disenaraikan sebagai calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandau untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah ke-17.
Ini menjadikan KEADILAN akan bertanding 11 daripada 73 kerusi dengan menggunakan logo Pakatan Harapan (PH) bersama DAP dan Amanah setelah UPKO keluar daripada gabungan itu Isnin lalu.
Majlis penyerahan watikah sebagai calon dilakukan pada Khamis oleh Timbalan Presiden merangkap Pengarah Jentera Pilihan Raya, Nurul Izzah Anwar.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah, Datuk Mustapha Sakmud serta beberapa pimpinan negeri.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai 10 calon yang akan bertanding di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Ahad.
SENARAI CALON KEADILAN BAGI PRU DEWAN UNDANGAN SABAH 2025
N 06 Bandau – Zaidi Jatil
N 18 Inanam – Datuk Peto Galim
N 20 Api-Api – Thonny Chee
N 23 Petagas – Awang Husaini Awang Sahari
N 35 Sindumin – Datuk Yamani Hafez Musa
N 42 Melalap – Datuk Jamawi Jaafar
N 44 Tulid – Datin Rufinah Pengeran
N 50 Gum-Gum – Abdul Said Pimping
N 54 Karamunting – George Hiew Vun Zin
N 61 Segama – Romansa Lamin
N 72 Merotai – Datuk Ruji Ubi
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
