PRU Sabah: Exco Pas Kedah Kena ‘Palui’ Dengan Pengerusi PN Sabah

Pergolakan dalaman PN makin parah apabila Ronald menulis perkataan ‘Palui’ atau bodoh terhadap Exco Pas Kedah yang menghina rakyat Sabah.

KOTA KINABALU, 14 Nov – Pergolakan dalam gabungan pembangkang semakin terserlah apabila Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee hari ini memuatnaik status berang dengan tindakan seorang Exco Pas Kedah yang didakwa menghina rakyat Sabah.

Ronald yang juga ahli parlimen Beluaran menempelak tindakan Exco berkenaan yang dipercayai menjejaskan kempen bukan setakat Pas tetapi keseluruhan parti dalam PN termasuk Bersatu menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah esok.

“Exco Roti Gardenia. PALUI. Malukan diri sendiri,” tegas Ronald dipercayai merujuk kepada kenyataan Adun Kuala Ketil (PN-Pas), Mansor Zakaria, yang tular sejak semalam.

Perkataan ‘palui’ dalam bahasa rakyat Sabah bermaksud bodoh atau tolol yang ditujukan Ronald kepada Mansor yang teruk dikecam sejak semalam.

Hantaran di Facebook Ronald Kiandee yang menempelak Exco Pas Kedah yang menghina rakyat Sabah pada 14 November 2025.

Terdahulu, Mansor kononnya berseloroh di DUN Kedah dengan berkata: “Orang Sabah tu kempen dia bagi roti Gardenia ja.”

Penganalisis melihat kenyataan yang menyebabkan kemarahan rakyat Sabah bakal memberi kesan terhadap prestasi parti nasional itu pada PRN Sabah.

Lebih memilukan, komen netizen majoriti rakyat Sabah yang membanjiri akaun Facebook Ronald turut mengundang kemarahan tidak terhitung hingga berazam mahu mengalahkan kesemua calon PN termasuk Pas.

Antara komen yang ditinggalkan di Facebook Ronald Kiandee yang mengutuk Exco Pas Kedah pada 14 November 2025.

Hadi Osman yang tinggal di Tuaran menulis “YB bodoh sombong ni tidak ada nilai MORAL seperti yang dituntut dalam Islam.. Asal dari Kedah pulak tu.. kubu kuat PAS yang ditadbir 100% orang Islam.. macamana nak bagi contoh pada generasi baru Kedah?.. Tips buat YB.. tolong belajar sejarah pembentukan Malaysia dan MA63.. ok?…,” katanya.

Manakala M Forex dari Labuan turut menyindir Ronald dengan komentarnya “Nasi suda menjadi bubur suda tlmbat pangkah grs (Gabungan Rakyat Sabah),” tulisnya.

Joannes Joitol pula menulis “Semoga Gabungan PN kalah SEMUA di PRN SABAH sebab kenyataan EXCO KEDAH YANG TIDAK ada insurance mulut,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *