PRU DUN Sabah: PWS Makin Hilang Sokongan KDMR – GRS

Masiung dan Arthur sanggah kenyataan Shafie kononnya parti itu masih mendapat sokongan kukuh di kawasan majoriti KDMR tidak menggambarkan realiti semasa politik negeri.

KOTA KINABALU, 5 Nov – Sokongan masyarakat Kadazan Dusun Murut Rungus (KDMR) terhadap Parti Warisan Sabah (PWS) semakin merosot berdasarkan keputusan beberapa pilihan raya, kata dua pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Masiung Banah dan Arthur Sen menyifatkan kenyataan Presiden PWS Shafie Apdal bahawa parti itu masih mendapat sokongan kukuh di kawasan majoriti KDMR tidak menggambarkan realiti semasa politik negeri.

Mereka berpandangan Shafie tidak boleh mendabik dada kerana rekod pilihan raya DUN dan Parlimen selepas 2018 menunjukkan sokongan kepada PWS semakin merosot apabila parti itu tewas di kerusi majoriti kaum terbabit.

Joniston Bangkuai tolak dakwaan Shafie Apdal yang dana negeri digunakan untuk menyerang Parti Warisan Sabah (PWS) menjelang PRU DUN Sabah tidak lama lagi.

Masiung, naib presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) berkata majoriti masyarakat KDMR kini lebih cenderung bersama kepimpinan GRS kerana melihat keupayaan gabungan itu membawa kestabilan dan kesinambungan pembangunan negeri.

“Sokongan kepada Warisan (PWS) semakin menurun kerana rakyat sudah melihat sendiri kegagalan mereka ketika memerintah sebelum ini,” katanya menurut laporan FMT.

Shafie minggu lalu dilaporkan berkata PWS masih mempunyai sokongan daripada masyarakat KDMR terutama di pedalaman Sabah berdasarkan kemenangannya di Melalap dan Limbahau selain Moyog, merujuk keputusan lima tahun lalu.

Kedudukan Warisan dalam Kerajaan Perpaduan akan mengakibatkan rakyat keliru dengan pendirian mereka sendiri sama ada mahu jadi pembangkang di Sabah tetapi menikmati sumber dari Kerajaan Perpaduan.

Untuk rekod, penyandang DUN Melalap Peter Anthony telah keluar Warisan untuk menubuhkan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM). Beliau kini menjalani hukuman penjara tiga tahun kerana memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan.

Juil Nuatim, bekas wakil rakyat Limbahau juga keluar PWS untuk menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Hajiji Noor.

Arthur, naib presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) pula berkata rekod PRU dan PRN menunjukkan trend penurunan sokongan terhadap PWS di kawasan majoriti KDMR.

Timbalan Ketua Penera­ngan KEADILAN, Razeef Rakimin berkata, pengalaman bekerjasama dengan Warisan sebelum ini mengajar PH untuk bersikap lebih berhati-hati dalam menjalin kerjasama.

Beliau memberi contoh Parlimen Penampang dimenangi dengan majoriti selesa 23,473 undi menerusi Timbalan Presidennya Darell Leiking pada PRU 2018, terlepas dari cengkamannya tiga tahun lalu.

Pada PRU 2022, Leiking tewas dengan majoriti 14,410 undi kepada Ewon Benedick daripada UPKO mewakili Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Penampang yang majoriti pengundinya adalah dari suku Kadazan Dusun

“Warisan juga kalah teruk apabila hanya menang tiga kerusi Parlimen berbanding lapan pada PRU14. Pada PRN 2020 pula, Warisan hanya menang di Moyog (bagi kerusi KDMR) dan hilang Liawan.

Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah Tan Sri Liew Yun Fah pada majlis pecah tanah Dewan Anak Merotai di Tawau pada 29 September 2025. Foto Pejabat Penerangan Daerah Tawau

“Ini menunjukkan sokongan rakyat terutama KDMR terhadap parti itu semakin merosot,” katanya sambil memberi amaran DUN Moyog yang diwakili Leiking sebelum DUN dibubarkan turut berisiko kalah pada PRU 29 November depan.

Arthur turut menolak dakwaan kemenangan Warisan di Melalap dan Limbahau sebagai bukti sokongan KDMR, sambil menegaskan kemenangan itu dahulu bergantung kepada kekuatan individu calon, bukan parti.

“Peter dan Juil sendiri akhirnya meninggalkan Warisan. Ini jelas menunjukkan sokongan Warisan tidak mapan,” katanya.

– Oleh Nora Mahpar

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *