PRU-15 – Deepavali Permulaan Semarak Kebangkitan Rakyat

PENDAPAT, 24 Okt – Deepavali merupakan satu perayaan berkiaskan kisah kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, oleh itu ia juga dikenali sebagai ‘Festival of Light’ yang menandakan cahaya menerangi kegelapan.

Tahun ini, Deepavali bertemu musim pilihan raya. Tidak kira mereka berada di mana, terdapat juga mereka, terutamanya ahli politik yang telah menunjukkan ketamakkan sehingga tiada batas demi mendapatkan kuasa politik.


Tiada sesiapa pun patut dizalimi di zaman moden ini. Namun musim ini menampilkan mereka lebih membawa keburukan daripada kebaikan.

Oleh kerana muak dengan kemelut politik berpanjangan, rakyat mengharapkan perubahan kali ini. Agenda reformasi sepatutnya membawa harapan untuk mendapat kesaksamaan dan kesimbangan keharmonian dalam masyarakat majmuk Malaysia.


Oleh itu saya berharap Deepavali kali ini, akan menjadi permulaan kepada kemenangan kuasa kebaikan terhadap kejahatan pada PRU 15 kelak.

Selamat Menyambut Deepavali kepada semua!

Andre Lai
Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju
Naib Pengerusi MPN
KEADILAN Wilayah Persekutuan

#inikalilah #kitaboleh #AyuhMalaysia #WangsaMajuMantap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *