PRU-15 – Aminuddin Serah Kepada Pimpinan KEADILAN Calon Port Dickson

SEREMBAN, 19 Okt – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Port Dickson menyerahkan kepada keputusan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memutuskan calon yang layak bagi mmepertahankan kerusi parlimen itu.

Aminuddin, yang merupakan Ketua Cabang KEADILAN Port Dickson, berkata terpulang kepada Anwar selaku penyandang kerusi parlimen berkenaan untuk memutuskan calon itu.

“Kami sedar cakap-cakap bahawa Anwar mungkin tidak mempertahankan kerusinya kerana beliau telah menerima tawaran untuk bertanding di tempat lain,” kata Aminuddin.

“Tetapi saya boleh mengesahkan nama saya tidak dikemukakan sebagai salah satu pilihan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO negeri di Wisma Negri di sini pada Rabu.

Kedengaran cakap-cakap bahawa Aminuddin, yang berasal dari Port Dickson, akan menggantikan Anwar jika beliau memutuskan untuk bertanding di kerusi lain.

Menteri Besar Negeri Sembilan dan ADUN Sikamat itu juga berkata cabang itu mahu mengemukakan namanya sebagai calon yang berpotensi tetapi beliau tidak membenarkannya.

Beliau sebelum ini merupakan Ketua Cabang KEADILAN Tampin tetapi berpindah keanggotaannya ke Port Dickson awal tahun ini.

Beliau kemudiannya bertanding untuk jawatan tertinggi di cabang Port Dickson dalam pemilihan parti dan menewaskan penyandang dan Timbalan Pengerusi KEADILAN negeri, Datuk M. Ravi.

Pada pilihan raya kecil 2018, Anwar memenangi kerusi Parlimen Port Dickson dengan majoriti 23,560 undi dalam pertembungan pelbagai penjuru, mengatasi majoriti 17,710 undi yang diperoleh ahli parlimen terdahulu, Datuk Danyal Balagopal pada PRU14.

Aminudin, yang juga naib presiden KEADILAN, berkata beberapa nama dihantar oleh setiap cabang di kawasan yang dicadangkan parti untuk bertanding dan seterusnya disenarai pendek kepada dua atau tiga sebelum senarai itu diserahkan kepada Anwar.

Beliau berkata pertubuhan bukan kerajaan, profesional dan individu lain yang menghantar cadangan mereka sendiri dan ini akan dinilai oleh pucuk pimpinan parti.

Dalam perkembangan berasingan, Aminuddin turut mengesahkan KEADILAN akan bertanding tiga daripada lapan kawasan parlimen di bawah panji Pakatan Harapan (PH) di negeri itu.

Tiga kerusi yang akan ditandingi KEADILAN ialah Port Dickson, Rembau dan Kuala Pilah, manakala Parti Amanah Negara akan bertanding di Jelebu, Jempol dan Tampin. DAP akan mempertahankan Seremban dan Rasah.

Pada PRU14, KEADILAN bertanding di kerusi Rembau tetapi tewas di tangan Umno-Barisan Nasional (BN). Parti Pribumi Bersatu Malaysia, yang pernah menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan, bertanding dan memenangi kerusi Kuala Pilah.

Ikuti platform media sosial rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan seperti berikut:

Facebook: https://fb.com/dsaminuddinharun

Twitter: https://twitter.com/MenteriBesarNS

Instagram: https://instagram.com/dsaminuddinharun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *