Proses Permohonan Kewarganegaraan Dalam Masa Setahun

Saifuddin Nasution mengadakan taklimat bersama pengamal media pada Majlis Perjumpaan Khas bersama pengurusan tertinggi KDN, Jabatan, Agensi dan Pengamal Media 2024 pada Isnin. Foto Facebook KDN

PUTRAJAYA, 26 MacPermohonan kewarganegaraan akan diproses dan diluluskan dalam masa setahun, setelah pindaan perlembagaan diluluskan kelak, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Bagaimanapun beliau berkata perkara tersebut tertakluk dokumentasi yang lengkap bertujuan kelancaran permohonan.

Katanya, setiap permohonan yang ditolak juga akan disertakan penjelasan punca kenapa ianya ditolak.

“Bila pindaan ini lulus, kami harap lulus lah. Permohonan warganegara selepas ini ialah permohonan yang akan diberitahu keputusannya dalam masa setahun. Ini komitmen kami,” katanya.

Saifuddin Nasution mengadakan taklimat bersama pengamal media pada Majlis Perjumpaan Khas bersama pengurusan tertinggi KDN, Jabatan, Agensi dan Pengamal Media 2024 pada Isnin. Foto Facebook KDN

Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Khas bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian dan Media di sini pada Isnin.

Pindaan Perlembagaan Persekutuan mengenai undang-undang kewarganegaraan dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Isnin.

Pindaan itu adalah merujuk kepada Perkara 14(1)(b), Seksyen 1(b) dan 1(c) Bahagian II Jadual Kedua.

Pada masa ini, seksyen tersebut hanya membenarkan kerakyatan automatik kepada anak-anak yang dilahirkan selepas 16 September 1963 (Hari Malaysia) di luar negara jika bapa mereka adalah warganegara Malaysia dan bukan jika ibunya sahaja adalah warganegara Malaysia.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *