Projek Perumahan Baharu Perlu Komprehensif Termasuk Kemudahan Sekolah – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pecah Tanah dan Pelancaran Projek Pembangunan Rumah Bakat MADANI di Jalan Todak, Seberang Jaya pada 19 Julai 2025. Foto SkyWorld

BUTTERWORTH, 19 Jul – Setiap projek perumahan baharu wajib dirancang secara menyeluruh dan dilengkapi kemudahan asas seperti sekolah, prasekolah dan taman asuhan kanak-kanak (taska), tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata sekiranya keperluan asas itu dipenuhi ia membolehkan kerajaan meluluskan projek yang ingin dilaksanakan itu dengan lebih cepat.

Katanya, ibu bapa juga tidak perlu bimbang daripada segi kos pengangkutan dan menjimatkan mereka apabila adanya projek perumahan seumpama itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pecah Tanah dan Pelancaran Projek Pembangunan Rumah Bakat MADANI di Jalan Todak, Seberang Jaya pada 19 Julai 2025. Foto SkyWorld

“Bila anak sekolah dan prasekolah, (dari segi) pengangkutan (kos) boleh jimat, ibu bapa bekerja boleh fokus pada kerja.

“Ini kadang datang lambat (kerja) kerana perlu hantar anak jauh ke sekolah dan sebab itu kita fikir (satu konsep moden yang komprehensif) yang kita boleh buat.

“Seperti semua (projek perumahan) di KL (Kuala Lumpur) sekarang, saya syaratkan begini (konsep komprehensif lengkap dengan kemudahan dan infrastruktur seperti sekolah) yang (siapa laksana) kita akan bagi kelulusan segera. Bila buat rumah tapi sekolah jauh buat apa,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pecah Tanah dan Pelancaran Projek Pembangunan Rumah Bakat MADANI di Jalan Todak, Seberang Jaya pada 19 Julai 2025. Foto SkyWorld

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah dan Pelancaran Rumah Bakat MADANI di Jalan Todak, Seberang Jaya, di sini, hari ini.

Anwar berkata, pelaksanaan projek secara komprehensif oleh pemaju membabitkan syarikat besar adalah pendekatan terbaik berbanding kaedah tender berasingan yang boleh menyebabkan kelewatan.

“(Projek sebegini) akan jauh lebih murah kalau kita serah kepada pemaju (syarikat lebih besar) kalau tak perlu buat tender lain lagi untuk bina sekolah kerana bimbang tertangguh.

 

“Ada sekolah sukan di Perlis saya lawat beberapa bulan lalu kerana lebih 11 tahun belum siap, jadi saya buat keputusan batal projek itu dan minta syarikat besar jalankan serta siapkan segera. Ini contoh tak berbaloi sebab orang tunggu sekolah tu dah lama.

“Sebab itu, sekarang kerajaan akan luluskan projek pembinaan rumah tapi buat projek yang komprehensif dan ini yang dimaksudkan dengan MADANI,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *