Program Jiwa MADANI Pupuk Kefahaman Masyarakat Di Engkilili

Program Jiwa MADANI memfokuskan pemahaman bersama warga Kampung Melayu Engkilili yang hadir pada program tersebut.

SRI AMAN, 30 Mac – Pejabat Penerangan Daerah Sri Aman dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melayu, Engkilili menganjurkan Program Jiwa MADANI di Masjid Darul Naim, kampung itu semalam.

Program itu turut mendapat kerjasama ketua masyarakat Kampung Melayu, Engkilili serta Jawatankuasa Biro Wanita kampung tersebut.

Seramai 80 orang masyarakat kampung hadir pada program itu.

Dalam pada itu, program tersebut turut dimeriahkan dengan sesi taklimat Malaysia MADANI dan Pengenalan JIWA MADANI serta sembang santai dan pengedaran risalah terbitan Pejabat Penerangan Malaysia.

Program Jiwa MADANI memfokuskan pemahaman bersama warga Kampung Melayu Engkilili yang hadir pada program tersebut.

Ia juga bertujuan memupuk kefahaman dan penghayatan lebih mendalam dalam format santai dan lebih terbuka berdasarkan enam teras dalam kerangka Malaysia MADANI.

Turut diadakan aktiviti memasak bubur lambuk secara bergotong-royong melibatkan penduduk kampung.

Hadir sama Pembantu Penerangan Pejabat Penerangan Daerah Sri Aman Fakhri Zafran serta Juruaudio Visual Suaidi Yusop.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *