Profesionalisme, Integriti Antara Penekanan PM Anwar Kepada PTD Baharu

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat (PTD) yang baharu, Jeneral Datuk Azhan Md Othman di Putrajaya pada 29 Januari 2026. Foto PMO

PUTRAJAYA, 29 Jan – Kepercayaan rakyat terhadap institusi pertahanan negara, tidak boleh dibina dengan slogan semata-mata, sebaliknya mesti diperkukuh melalui profesionalisme, akauntabiliti dan integriti yang tegas serta konsisten dalam setiap lapisan pentadbiran dan operasi.

Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat (PTD) yang baharu, Jeneral Datuk Azhan Md Othman di pejabatnya di sini, menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat (PTD) yang baharu, Jeneral Datuk Azhan Md Othman di Putrajaya pada 29 Januari 2026. Foto PMO

“Dalam konteks cabaran semasa, termasuk isu salah guna kuasa dan rasuah yang boleh mencalar imej institusi, saya menekankan bahawa tiada kompromi terhadap pelanggaran amanah, lantas menuntut ketelusan, kejujuran dan keberanian untuk membersihkan kelemahan demi memelihara maruah Angkatan Tentera Malaysia,” katanya di laman sosial Facebook.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat (PTD) yang baharu, Jeneral Datuk Azhan Md Othman di Putrajaya pada 29 Januari 2026. Foto PMO

Ujar Anwar yang juga Menteri Kewangan, pertemuan itu turut membincangkan peranan strategik Tentera Darat sebagai benteng pertahanan negara serta sandaran harapan seluruh rakyat.

Anwar berkata, Kerajaan MADANI akan terus menyokong usaha Tentera Darat bagi memastikan ia kekal sebagai pasukan yang berwibawa, profesional dan disegani.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat (PTD) yang baharu, Jeneral Datuk Azhan Md Othman di Putrajaya pada 29 Januari 2026. Foto PMO

Kerajaan juga akan memastikan kebajikan pegawai, anggota, keluarga serta veteran sentiasa diberi perhatian sewajarnya sesuai dengan kehendak semasa pertahanan negara.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *