PRN 2023: DUN Negeri Sembilan Dibubar 1 Julai

Dato’ Seri Aminuddin Harun (tengah) mempersembahkan watikah pembubaran DUN Negeri Sembilan ke-14 kepada Yang diPertua Besar Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Hinggap. Foto Bernama.

SEREMBAN, 28 Jun – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan bagi penggal ke-14 akan dibubarkan pada 1 Julai 2023.

Mengesahkan perkara itu, Menteri Besar Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, beliau telah menghadap Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni almarhum Tuanku Munawir bagi memohon perkenan pembubaran DUN berkuat kuasa mulai tarikh berkenaan.

Yang turut hadir pada sidang media selepas majlis menghadap itu ialah barisan EXCO Kerajaan Negeri serta pemimpin parti politik Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Dato’ Seri Aminuddin Harun (tengah) mempersembahkan watikah pembubaran DUN Negeri Sembilan ke-14 kepada Yang diPertua Besar Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Hinggap. Foto Bernama.

Aminuddin yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan akan memangku tugas sebagai Menteri Besar sementara sehingga pembentukan kerajaan negeri baharu selepas PRN sekitar Ogos ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan dimaklumkan berkenaan pembubaran DUN penggal ke-14 sebaik sahaja watikah pembubaran DUN diserahkan oleh Speaker Dato’ Zulkifley Omar dalam tempoh terdekat.

Negeri Sembilan mempunyai 36 DUN dengan PH menguasai 20 kerusi manakala BN 16 berdasarkan keputusan PRU-14 pada 9 Mei 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *